Thursday, December 1, 2011

Berikan Khairul Fahmi Ruang..

Kontroversi yang melanda penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat bagaikan satu bah yang tidak henti-henti melanda dirinya, bagaikan satu sumpahan. melihat riak wajah pemain ini jelas tertekan terutamanya ketika perlawanan Malaysia menentang Bahrain tempoh hari. Apakan tidak, dia menjadi mangsa kritikan orang ramai berikutan 5 keping foto mesra bersama seorang gadis yang dikenali sebagai Shida disebarkan secara eksklusif dalam sebuah laman blog.....


Foto-foto tersebut turut mengandungi 2 keping screenshot yang mempunyai unsur ugutan yang kononnya ‘wanita tersebut’ akan bertindak membongkarkan rahsia pemain ini. Hairannya, foto-foto tersebut telah dihantar oleh individu tanpa identiti kepada beberapa laman blog yang lain atas tujuan yang memang mencurigakan. Bagaikan satu komplot!....

Mengambil kira komitmen dan jasa Khairul Fahmi yang selama ini mengharumkan nama baik Malaysia di persada dunia, media dengan segera menghubungi Khairul Fahmi bagi memberikan peringatan agar dia dapat menghadapi situasi ini dengan lebih bersedia....

Memetik kata-kata di perbualan telefon tempoh hari, wakil MEDIA menyatakan kepada Khairul Fahmi, “Apek, aku rasa ada orang nak jatuhkan kau sebab kami baru sahaja terima beberapa foto serta sreenshot daripada email yang tak dikenali. Aku cuba cari identiti orang ni, tapi tak berjaya. Daripada pihak MEDIA, aku tak akan keluarkan foto-foto ini kerana tak nak mengaibkan kau. Tapi, aku tak pasti sama ada web-web lain pun buat benda yang sama. Jadi, aku harap kau bersedia lah.”..

PESANAN:
Sebagai personaliti yang menjadi idola ramai, sudah tentu ada sesetengah individu yang iri hati melihat kejayaan penjaga gol ini. Mungkin juga, ada pihak yang sudah lama berdendam dan ingin melihat kejatuhan empayar yang dicipta oleh empunya nama Khairul Fahmi..

Skandal Bill Clinton & Monica Lewinsky, Bekas Presiden Itali Silvio Berlusconi & gadis bawah umur sudah cukup menjadi pengajaran besar buat Khairul Fahmi agar beringat sebelum kena. Wajar juga, Khairul Fahmi menggunakan khidmat penasihat profesional agar tidak terjerumus dalam perangkap sendiri...

***Khairul Fahmi juga manusia biasa, punya hati & perasaan. Ditimpa kontroversi sebegini mungkin secara tidak langsung boleh menjejaskan emosinya. Dia juga mempunyai ahli keluarga, teman & peminat, dimana hati setiap individu ini perlu dijaga....

No comments: