KUALA LUMPUR, 21 NOV 2012: Penjaga gol kebangsaan,
Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan panggilan Apex, 23,
bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Leuniey Natasha pada 28
Disember ini.
Majlis pernikahan tersebut bakal dilangsungkan di kediaman bakal isteri
Apex, Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, jam 9 pagi. Perkara ini
telah disahkan sendiri oleh Apex dan Leuniey menerusi satu sidang media
yang baru saja diadakan sebentar tadi di Hotel Royale Bintang
Damansara.
Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di hotel
Renaissance, Kota Bharu Kelantan pada 30 Disember jam 8 malam
berkonsepkan Melayu Kotemporari.
Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan dilaksanakan di kediaman
Apex iaitu di Kampung Cherang, Kota Bharu, Kelantan bermula jam 1
tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.
Sebuah majlis resepsi pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang,
Damansara, pada 13 Januari 2013 bermula jam 8 malam dengan memilih
konsep English Style.
"Insya-Allah, saya akan bernikah pada 28 Disember depan dan 3 majlis
resepsi bakal diadakan untuk perkahwinan saya ini. Dua majlis di
Kelantan dan sebuah majlis lagi akan diadakan di Hotel Royale Bintang
Damansara.
"Saya mengalu-alukan kedatangan semua media untuk majlis pernikahan dan
resepsi sebelah lelaki dan perempuan di Kelatan. Bagaimanapun, untuk
majlis resepsi di Kuala Lumpur, hanya kenalan rapat saja yang bakal
dijemput disebabkan majlis ini bakal diadakan secara kecil-kecilan
saja," kata Apex.
photo ketika sesi Pre-Weddingnya...
Bagaimanapun, keempat-empat majlis ini bakal disiarkan secara eksklusif
oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria
(saluran 104).
Tambah istimewa, radio nombor satu Malaysia, ERA FM bertindak sebagai
stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey di Hotel Royale
Bintang, Damansara.
Stesen radio nombor satu di pantai timur, THR Gegar pula turut menjadi
radio rasmi perkahwinan pasangan ini di Kelantan. Kedua-dua stesen radio
ini bakal menjalankan sebuah kempen istimewa yang memberi peluang
peminat penjaga gol Kelantan ini untuk hadir ke majlis bersejarah buat
Apex.
Mewarnai perkahwinan ini apabila, portal murai.com.my dipilih menjadi
portal rasmi perkahwinan berkenaan dengan menerbitkan sebuah program
online istimewa dengan kerjasama LH Media TV yang menjadi sinematografi
rasmi persandingan yang dinanti-nantikan ini. Persandingan ini turut
mendapat kerjasama dari The Photolicious yang bertindak sebagai
fotografi rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey.
Pasangan ini pula bakal berseri lagi dengan rekaan baju daripada pereka
popular, Ezuwan Ismail bersama material kain yang mendapat penajaan
dari Jakel. Mankala, untuk majlis resepsi di Hotel Renaissance, Kota
Bharu pula, ia bakal mendapat sentuhan kreatif dekorasi dan pelamin dari
N Touch Trade and Wedding Gallery Butik milik Leuniey.
Sementara, dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang Damansara pula
mendapat sentuhan magis dari Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur. Selain
menjadi lokasi rasmi resepsi di Kuala Lumpur, The Royale Bintang
Damansara juga menjadi lokasi rasmi bagi sesi fotografi dan rakaman
pra-perkahwinan serta sidang media perkahwinan Apex dan Leuniey.
sekitar Pre-Weddingnya....
**terkejut dengan pengesahan ini,Apex nok kahwin doh la....tak boleh minat lebih2 lagi....sekadar peminat jer la yer...apa-apa pun TAHNIAH daripada saya Apex...Insyaallah saya akan turut hadir ke majlis Apex & Leuniey....
No comments:
Post a Comment