Thursday, December 1, 2011

Berikan Khairul Fahmi Ruang..

Kontroversi yang melanda penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat bagaikan satu bah yang tidak henti-henti melanda dirinya, bagaikan satu sumpahan. melihat riak wajah pemain ini jelas tertekan terutamanya ketika perlawanan Malaysia menentang Bahrain tempoh hari. Apakan tidak, dia menjadi mangsa kritikan orang ramai berikutan 5 keping foto mesra bersama seorang gadis yang dikenali sebagai Shida disebarkan secara eksklusif dalam sebuah laman blog.....


Foto-foto tersebut turut mengandungi 2 keping screenshot yang mempunyai unsur ugutan yang kononnya ‘wanita tersebut’ akan bertindak membongkarkan rahsia pemain ini. Hairannya, foto-foto tersebut telah dihantar oleh individu tanpa identiti kepada beberapa laman blog yang lain atas tujuan yang memang mencurigakan. Bagaikan satu komplot!....

Mengambil kira komitmen dan jasa Khairul Fahmi yang selama ini mengharumkan nama baik Malaysia di persada dunia, media dengan segera menghubungi Khairul Fahmi bagi memberikan peringatan agar dia dapat menghadapi situasi ini dengan lebih bersedia....

Memetik kata-kata di perbualan telefon tempoh hari, wakil MEDIA menyatakan kepada Khairul Fahmi, “Apek, aku rasa ada orang nak jatuhkan kau sebab kami baru sahaja terima beberapa foto serta sreenshot daripada email yang tak dikenali. Aku cuba cari identiti orang ni, tapi tak berjaya. Daripada pihak MEDIA, aku tak akan keluarkan foto-foto ini kerana tak nak mengaibkan kau. Tapi, aku tak pasti sama ada web-web lain pun buat benda yang sama. Jadi, aku harap kau bersedia lah.”..

PESANAN:
Sebagai personaliti yang menjadi idola ramai, sudah tentu ada sesetengah individu yang iri hati melihat kejayaan penjaga gol ini. Mungkin juga, ada pihak yang sudah lama berdendam dan ingin melihat kejatuhan empayar yang dicipta oleh empunya nama Khairul Fahmi..

Skandal Bill Clinton & Monica Lewinsky, Bekas Presiden Itali Silvio Berlusconi & gadis bawah umur sudah cukup menjadi pengajaran besar buat Khairul Fahmi agar beringat sebelum kena. Wajar juga, Khairul Fahmi menggunakan khidmat penasihat profesional agar tidak terjerumus dalam perangkap sendiri...

***Khairul Fahmi juga manusia biasa, punya hati & perasaan. Ditimpa kontroversi sebegini mungkin secara tidak langsung boleh menjejaskan emosinya. Dia juga mempunyai ahli keluarga, teman & peminat, dimana hati setiap individu ini perlu dijaga....

Nazmi Faiz bercinta dengan Neelofa??

Sebaik saja pasukan bola sepak negara bawah 23 tahun iaitu Harimau Muda A berjaya meraih ibu emas di temasya Sukan Sea yang berlangsung di Indonesia baru-baru ini, nama pemain-pemain pasukan ini semakin menjadi sebutan ramai. Terutama sekali nama Nazmi Faiz pemain arkitek dan Khairul Fahmi Che Mat atau Apex yang menjadi penjaga gol kebangsaan....
BETUL KE NAZMI BERCINTA DENGAN NEELOFA?KE GOSIP GURAUAN JE?


Selain Apex dan Nazmi Faiz, nama lain yang disebut gadis-gadis adalah Irfan Fazail, Fandi Othman, Syahrul Azwari, Nazmi Faiz, Yong, Izzaq Ramlan, Mahali Jasuli dan Muslim. Saya dengar, ada diantara mereka yang diundi untuk menjadi calon suami. Wah! Hebat sungguh mereka semua...

Bagaimanapun, dari semua nama itu, ternyata pemain berusia 17 tahun iaitu Nazmi Faiz menjadi perhatian kerana telah mencatat satu corak permainan yang bagus walaupun dia belum mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...hebatkan NAZMI ni...

Dalam pada mendapat perhatian, nama Nazmi tiba-tiba telah dikaitkan dengan gosip seperti mana yang pernah terjadi kepada Apex iaitu dikaitkan dengan pelakon cantik lagi popular. Mengimbas kembali gosip itu, sewaktu tamat perlawanan Piala Suzuki yang lalu, Apex telah dikaitkan dengan Nora Danish...

Manakala Nazmi pula ketika ini sedang hangat dikaitkan dengan pelakon cantik Neelofa. Terkesima pula saya mendengarnya, apatah lagi nama Neelofa dikaitkan dengan Nazmi. Seakan sama dengan kes Apex yang telah dikaitkan kerana sebaran laman sosial twitter, Nazmi juga tidak jauh bezanya...

Saya masih belum mengetahui puncanya, Tapi menerusi laman sosial Facebook telah menyebarkan gossip bahawa Nazmi ada keluar bersama Neelofa. Entah bila dan di mana itu saya kurang pasti. Tapi lebih hebat lagi, apabila dapat tahu bahawa Nazmi dikatakan adalah buah hati Neelofa...

Sungguhpun perkara ini telah tersebar dengan meluas, tapi saya merasakan ianya sekadar usikan saja. Apatah lagi Nazmi masih lagi bersekolah dan Neelofa juga masih menuntut di sebuah kolej. Pun begitu, hanya Neelofa dan Nazmi saja yang boleh memberikan jawapan yang pasti...jeng2....

Apapun, saya harap, Nazmi boleh terus mempamerkan permainan yang hebat. Tidak kisahlah apa juga orang nak kata, yang penting Nazmi dan kawan-kawannya terus berjaya mengharumkan nama negara..itu yg kita mahukan...

Pesanan:Ini hanyalah gosip je. Memang tak sahih langsung kot berita Nazmi Faiz dan Neelofa ni. Janganlah rosakkan Nazmi Faiz ni dengan gosip artis-artis. Bagi skill dia menyerlah dulu, banyak lagi yang perlu dia belajar. Semoga dia berjaya dunia dan akhirat. 

P/S: Penulis minta maaf kepada Nazmi Faiz dan Neelofa jika beliau tidak suka dengan gosip ni.