Sunday, April 15, 2012

Saya sudah single-Khairul Fahmi Che Mat (APEX)

Holaa haaa...Ambo nok ngoyak nih kisoh penjaga gol kesayangan ramai...hero Malaya tuh lar...aloh,saper tak kenal Khairul Fahmi? angkat kaki.... Ambo dapat tahu dio solo,betul ke tidok??bulih masuk line nih...hahah....(mati kalo laki aku tahu)....

Setelah mendapat info daripada seorang peminat di Twitter, saya  dengan sepantas kilat telah membeli majalah URTV. Dan di dalamnya ada berita yang mengesahkan Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan nama Apek telah putus dengan Dahlia Teck. Dalam erti kata lain, Apek kini sudah single mingle...wow!...nak ngorat eyh..:-)



Kata-kata apek dalam URTV:

Saya dah tak ada awek. Saya sekarang sudah single. Dalam keadaan sekarang, saya nak tumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga saya dulu. Malas nak bercerita tentang cinta yang sudah tidak berpanjangan.

Apabila ditanya adakah punca perpisahannya dengan Dahlia Teck kerana kewujudan orang ketiga, Apek berkata:-

Apa sebenarnya tentang kami, cukuplah saya dan dia yang tahu. Tidak ada punca orang ketiga. Saya lebih senang bersendiri dulu kalau nak memikirkan soal cinta.

***kemas jawapan Apek...sabar nya Apek,mungkin anda perlu fokus dalam kerjaya dulu,biar stabil dulu semua...


Dan awal January lalu,Apek sempat menyambut hari lahirnya bersama Dahlia..dan itu terakhir kalinya mereka bermesra ...

Dan selepas daripada cerita Apek putus dengan Dahlia,muncul pula cerita Apek bercinta dengan gadis jelita Nur Eilunie Natasha Nazri atau dikenali Leuniey...Leuniey semasa satu sidang media di butiknya dengan tegas menafikan yang Apek menjadi punca putusnya pertunangan....
Tuah ayam nampak di kaki, tuah Khairul Fahmi ialah bersama SimplySiti. Tambah menarik ialah apabila gadis yang pernah dikaitkan dengan Apek iaitu Leuniey turut akan terlibat di dalam pengiklanan minyak wangi SimplySiti. Memang murah sungguh rezeki Apek dan Leuniey....

Dan ada berita baik untuk peminat bola sepak Malaysia, dengan tamatnya kisah cinta Apek dan Dahlia Teck, kini Apek berkata yang dia akan memfokuskan 100% kepada kerjanya sebagai penjaga gol. Semoga prestasi Apek selepas ini akan lebih meningkat sekaligus menaikkan ranking pasukan bola sepak Malaysia yang merudum jatuh baru-baru ini.


***Untung lah APEK,dah masyuk,laku,di gilai ramai... Apepun,sebagai peminat,doakan yang terbaik untung Apek...Teruskan perjuangan...

Wednesday, April 11, 2012

Kata Hati Sofea Untuk Tersayang (THE LOVER)

Meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadamu
namun cinta dalam jiwa hanyalah padamu...
maafkan bila hati tak sempurna mencintaimu,
dalam dada ku harap hanya dirimu yang bertakhta...

detik waktu terus berlalu.....


Saat hati ini berkata
kau lah yang akan menjadi terakhir dihati ini
aku tahu, engkaulah segalanya bagiku
kehidupan ku akan terasa hampa, tanpa kehadiran mu
Aku sedar
aku terlalu menyayangimu
aku belum mampu tanpamu
kau sebagian dari hidup ku
Ketika bersamamu
aku menemukan erti memiliki
aku menemukan sebuah kebahagian
aku menemukan apa yang tak aku temukan diperjalan cintaku
Abang..
kau harus tahu
cinta ini akan selalu milikmu
selamanya aku selalu milikmu
jangan pernah belajar untuk meninggalkan aku
kerana aku..
SANGAT MENCINTAI DIRI MU SEPENUH HATI KU.. :)
BERHARAP  AGAR CINTA KITA SEHINGGA KE JINJANG PELAMIN

satu-satunya yang di nantikan oleh seorang insan bernama perempuan.....



JANGAN MENDUSTAI  CINTA YANG DI BERI,
JANGAN MEMPERMAINKAN KATA HATI,
JANGAN MENIPU RASA HATI....

                   
                    aku berharap agar kita tetap bersama menempuhi kehidupan ini....

Kelak saat kita tengah bersama maka di situlah kau akan memahami diriku, sama halnya dengan diriku yang akan belajar memahamimu..
Fahamkan Aku Supaya Aku Tahu,
Redhakanlah Hatimu Menerima Segala Kekuranganku,
Kerana Aku Hanya Wanita Biasa..


Cinta membuat aku mengenal erti keperitan ketabahn kebahagian kekecewaan kejujuran yang ahkirnýa membuat kita menjulang erti sebuah cinta

~CINTA itu ibarat kain putih jgk..kita yg mencorakkanye..lau kta corakkn dgn indah, CINTA itu ibarat kta terawang2 di awn..TAPI lau kta comotkannye, kta sndri pn x snggup nk hadapinye...

Apa yang kuharapkan darimu adalah kesolehan. Semoga sama halnya dengan dirimu. Kerana apabila kecantikan yang kau harapkan dariku, maka hanya kesia-siaan dan kekecewaan yang akan kau dapati..

Andai Esok Nafasku Terhenti,
Ingatlah Detik Terakhir Diri Ini,
Andai Esok Nadiku Mati Maafkanlah Kesalahan Diri Ini,
Hanya Satu Perlu Kau Tahu,
Aku Bahagia Mengenalimu . . . .  . . . . . .



Coretan : Eira Sofea Nawi a.k.a. Sofea Shafira

Monday, April 9, 2012

Aaron Aziz menjadi sasaran rakyat Malaysia atas penangan Ombak Rindu

 Hah...pasti anda amat2 kenal dengan wajah yang handsome dan kacak ni kan....saper xkenal oiii..?angkat tangan,kaki...meyh kawe nok ghoyak...:-) ..hahaha.....ok2,meyh kito citer dulu deh....


           Nampaknya jangkaan awal kami mengatakan bahawa Bintang Paling Popular ABPBH 2011 akan dimenangi  AARON AZIZ... Aaron Aziz diumumkan sebagai penerima trofi Bintang Paling Popular ABPBH 2011 dengan jumlah undian sebanyak 87,669 undi.  Dia membawa pulang hadiah berupa trofi, kereta Nissan Teana 2.0 liter berharga RM137,000 dan barangan kemas Rafflesia berharga RM180,000.
Tahniah Aaron Aziz dari ambo ore klate deh....fuuu,sedaknyoo....
TERGODA AWOK

             Hero ni pernah popular dalam filem yg meletop pada 2011 iaitu "OMBAK RINDU"..dengan watak yang di berikan sebagai 'En Haris',dia berjaya membawa watak itu... saper tak tengok lagi mmg rugi la.. Sekali gus dia telah di nobatkan Bintang Paling Popular 2011... Hurmm,ramai peminat di Malaysia doh...


bersama ISTERI TERCINTA.




Dan kepada awok2 semuo yang tak sempat tengok tv tu,mungkin ada yang sibuk,kerja,kuar dating,or ape-ape sajalah....ni ado senarai2 nama-nama pemenang yang saya tulis.....


1. Penyanyi Lelaki Popular : Hafiz
2. Penyanyi Wanita Popular : Yuna
3. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular : Shila Amzah, Jaclyn Victor & Ning Baizura
5. Pelakon Filem Lelaki Popular : Aaron Aziz
6. Pelakon Filem Wanita Popular : Maya Karin
7. Pelakon TV Lelaki Popular : Fizz Fairuz
8. Pelakon TV Wanita Popular : Tasha Shila
9. Pengacara TV Lelaki Popular : Zizan Razak
10. Pengacara TV Wanita Popular : Fara Fauzana
11. Penyampai Radio Lelaki Popular : Faizal Ismail
12. Pengacara Radio Wanita Popular : Fara Fauzana
13. Artis Komedi Lelaki Popular : Johan Raja Lawak
14. Artis Komedi Wanita Popular : Didie Alias
15. Artis Baru Lelaki Popular : Johan Asari
16. Artis Baru Wanita Popular : Tasha Shila
17. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Dato’ Sheila Majid
18. Anugerah Seri Perak: Dato’ Siti Nurhaliza
19. Artis Paling Popular 2011 : Aaron Aziz

Tahniah buat semua pemenang dan tahniah juga kepada penganjur....(beso nama Aaron ok..sebab sayo tergilekan beliau)....

Sunday, April 8, 2012

Natasha Hudson bakal berkahwin & berimej baru


                       Pelakon dan penyanyi Natasha Hudson, 29, bakal menamatkan zaman solonya bersama seorang ahli perniagaan dan juga penyanyi Carleed Khaza, 33, pada 15 April hadapan.Khalid Kamal atau lebih dikenali dengan nama Carleed adalah seorang ahli perniagaan yang merupakan pemilik syarikat muzik, PhuturePhlow. Pasangan ini memilih Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur sebagai lokasi pernikahan dan majlis akan diadakan sekitar jam 11 pagi.
                      Menurut Natasha yang dihubungi, dia dan Carleed tidak ada sebab-sebab tertentu memilih tarikh 15 April, sebaliknya tarikh itu dipilih kerana mengikut tarikh yang dicadangkan oleh pihak masjid.
 “Perancangan untuk melangsungkan pernikahan telah kami buat sebelum masing-masing menunaikan umrah baru-baru ini. Namun, ketika berada di Mekah saya telah membuat keputusan muktamad. Saya tidak rasa ia terlalu tergesa-gesa sebab saya memang sudah bersedia.

“Tarikh itu dipilih kerana pihak masjid maklumkan tarikh itu masih kosong. Bukan ada sebab lain. Kami akan adakan majlis sederhana sahaja. Tidak ada sebarang majlis resepsi kerana kami tidak mahu bazirkan duit. Selepas akad nikah selesai, akan ada majlis makan-makan untuk tetamu. Itu sahaja,” ujar Natasha.

                 Ditanya sama ada pihak keluarga bersetuju atau tidak dengan majlis perkahwinan yang ringkas itu, Natasha memberitahu kedua-dua belah pihak keluarga tidak punya masalah kerana masing-masing memang tidak suka mengadakan majlis beberapa kali atau diadakan secara besar-besaran....

                 Untuk makluman, ini adalah perkahwinan ketiga Natasha Hudson. Menerusi perkahwinan sebelum ini, Natasha Hudson dikurniakan seorang anak yang diberi nama Nessa Helena. Perkahwinan pertama Natasha Hudson dengan seorang ahli perniagaan hanya bertahan selama 5 bulan dan perkahwinan keduanya bersama ahli politik, Datuk Shahrin Zahari telah bertahan selama 2 tahun.

                  
“Baik Carleed mahupun pihak keluarga, masing-masing tidak kisah sama ada hendak adakan majlis resepsi atau tidak. Sebenarnya mereka pun tidak suka kalau kami hendak adakan majlis beberapa kali. Cukuplah sekadar majlis yang sederhana tapi cukup bermakna,” ulas ibu kepada Nessa Helena ini.
               Pasangan ini pernah berduet menerusi lagu “Jika Ku Boleh Ubah Dunia”.
Sudah berhijab
                                                                                                                   



Dalam perkembangan lain, tahniah di ucapkan kepada Natasha dengan penampilan terbarunya. Natasha kini memilih untuk mengenakan hijab dan keputusan ini dibuat ketika dia berada di Tanah Suci. Jelas Natasha, keputusannya itu bukan atas desakan sesiapa tetapi kerana pintu hatinya telah terbuka.
“Memang ramai kawan-kawan yang tidak sangka dengan perubahan saya ini. Begitu juga dengan keluarga. Namun, mereka semua gembira untuk saya dan memberikan sokongan. Carleed juga gembira dengan imej baru ini.
“Saya akan teruskan karier lakonan dan nyanyian seperti biasa kerana saya tidak menganggap pemakaian hijab sebagai satu masalah besar. Kalau Yuna boleh melakukannya, saya juga boleh. Saya percaya perjalanan hidup kita ditentukan oleh Allah. Buat masa ini saya gembira dengan perubahan ini dan mendoakan ia berkekalan,” ujar Natasha dengan nada gembira.


ALHAMDULILLAH.....