Thursday, May 17, 2012

Apex tekad bawa pulang PIALA FA ke Kelantan!!

KEKALAHAN 1-2 kepada Terengganu pada final Piala FA musim lalu pasti sukar diterima penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat lapor SITI ZUBAIDAH MAT ISA.

Namun, untuk edisi kali ini Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apex bertekad untuk membawa pulang piala berkenaan ke Kota Bharu selepas The Red Warriors menempah slot ke perlawanan akhir menentang Sime Darby, Sabtu ini.

Bagaimanapun, Apex tetap waspada dan enggan memandang ringan keupayaan Sime Darby yang terkenal dengan gelaran The Giant Killer.


 “Sime Darby bukan sebuah pasukan yang mudah dikalahkan. Lagi-lagi pada perlawanan akhir. Mereka pasti berikan tentangan habis-habisan kerana mana-mana pasukan yang bermain di perlawanan akhir pasti menampilkan corak permainan yang berbeza,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumumannya sebagai duta Mister Potato di Shah Alam, semalam.


“Saya berharap dengan pelantikan sebagai duta, prestasi saya akan lebih bagus. Pada masa sama, menjadi inspirasi kepada anak-anak muda agar tidak takut menjadikan bola sepak sebagai kerjaya tetap,” kata Apex.


 Selain Apex, penyerang kelab Pelita Jaya FC, Safee Sali dan pemain tengah Harimau Muda A, Nazmi Faiz Mansor turut dilantik sebagai duta produk berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Penajaan dan Aktivasi, Mamee Double Decker (M) Bhd, Sharszany Shahry Abu Shahriman berkata, pemilihan ketiga-tiga pemain kebangsaan itu bertepatan dengan matlamat mereka dalam usaha membangunkan sukan bola sepak negara bermula di peringkat akar umbi. 




WAU GERGASI YANG AKAN BETERBANG DI BKT JALIL
**Apapun,kami sebagai peminat THE RED WARRIORS yakin kelate bulih....yakin klate bulih....GOMO KLATE GOMO!!..bia masuk GOLLLL..!!..Piala milik kitoooo......

Friday, May 4, 2012

Awal Ashaari kini SAH suami kepada Scha Al-Yahya



Jutaan tahniah kepada pasangat "hot dan sweet"  Awal Ashaari yang sebentar tadi telah sah menjadi suami kepada Scha Al Yahya dengan sekali lafaz sahaja. Mas kahwin pernikahan pasangan pengantin ini ialah sebanyak RM2050. Scha telah diwalikan oleh ayahnya sendiri.

Termeterai sudah lafaz si jejaka,
Menyunting si jelita manis rupa,
Sekali lafaz sejarah bermula,
Awal & Scha konfim suami isteri di Putrajaya.
7 dulang hantaran Awal yang punya,
Berbalas 9 itulah jumlahnya,
Rm2050 jumlah mas kahwinnya,
Berbahagialah Scha di samping suami tercinta.
Hotel Pullman Lakeside menjadi saksi,
Saat bermakna si putera dan puteri,
Putrajaya International Convention Centre tempat majlis resepsi,
Berkumpulnya semua 6 Mei ini.
Tahniah diucapkan kepada Ahmad Awaluddin Ashaari & Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Awal Ashaari & Scha Alyahya) yang telah selamat diijabkabulkan sebentar tadisedikit paparan sekitar majlis SchAwal di Putrajaya...
sedikit paparan gambar di sekitar majlis SchAwal....






kalo saya dapat yg nih,memang smile ler




Kedua-dua mempelai sangat cantik berseri dengan persalinan pernikahan berwarna putih. Pengantin lelaki telah menghantar 7 dulang hantaran dan dibalas dengan 9 dulang. Jumlah wang hantaran dirahsiakan. Nantikan gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya lagiii......... . . .





i'm the beautiful queen
saya dah maafkan awak..dah dah...0-0..