Monday, November 26, 2012

Ijoy nafi bercinta dengan STACY?

hey hoo semua...okay,entry kali nih cerita pasai member JEMAH ok...sal Apex dan leuniey,stop  dulu deh...jom layan GOSSIP!

Baru-baru ini terdengar satu gosip..Haa,mak jemah ni memang suka sangat pasal gosip2 ni haaaa...ada sorang member i,dia nih pelakon aooulls,nak kata hensem memang hensem lah...segak bergaya ...Jemah pun boleh jatuh hati..aisyeeee,larikkkk...lelaki ini lebih di kenali IJOY..ijoy onsem lah katakan...artis Sabah pun jatuh hati sama dia...wahhhh...sape kah gerangannya??...ijoy seorang pelakon 6 progresif,yang di siarkan setiap hari rabu or kamis xsilap d tv9...

ni,cer tengok gambar abang onsem ni....guane??demo keney dok?...kalu bulih hok nih,jangan lepas lah deh...rugi besarrrrr...!

Artis yang dikaitkan dengan Ijoy tu ialah STACY..wah,stacy tuh,bukan calang2 orang...before this i pernah jugak tengok gambar dorang bersama,tp ingat sebagai teman rapat.....tapi sekarang gosip hangat sudaa...untung kau ijoy di gosipkan sama Stacy...jeles i taw,..ngeh2...

banyak blog2 yang buat crita tentang si IJOY nih...sekali baca terkejut jemahh..dan ijoy juga menafikan apa yang tersebar beberapa hari lalu... "semua yang ditulis disini (blog tersebut) sama sekali tidak benar"..kata IJOY d laman facebook i...betul ker joy?hihi...

TP di sini i bukan lah nk kata betul tentang gosip tuh,si Ijoy dah habaq mai sama i yang dia dengan stacy tak ada apa2...boleh caye ke???ngeh2....tapi ijoy juga ada cakap "dah selesa hidup macam ni"....bagus kau ijoy...i sokong you tak kira apa jua keadaan sekali pun..sekarang sah2 wartawan sedang memburu IJOY tu kan,kau jawab je ape yang betul ok....apa lagi joyyy,lari d Sabah bha..mendaki gunong nan tinggi nun.....hihihii...


ni antara gambar yang sempat i rembat dari facebook IJOY yang di katakan hangat dengan stacy...ngeh2......


***Ala Ijoy,i tengok you and stacy serasi perr....sweet jak....tapi kalo jodoh takkan kemana...semoga kedua2nya bahagia dengan pilihan hati masing2....melepas jemahh xpe...ngeh22...larikkkkkkk

Thursday, November 22, 2012

Apex terima tajaan perkahwinan RM300,000

KUALA LUMPUR, 22 NOV 2012: Bakal melangsungkan pernikahan pada 28 Disember ini, penjaga gol kebangsaan, Khaiul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan Apex bersama pasangannya, Leuniey Natasha bakal menerima beberapa tajaan yang berjumlah sehingga RM300 000.

Penajaan itu termasuklah kain baju pengantin daripada Jakel, tajaan fotografi daripada The Photolicious, tajaan sinematografi daripada LH Media TV, Ari Wedding Couture untuk pelamin dan dekorasi di Kuala Lumpur serta Hotel The Royale Bintang, Damansara sebagai lokasi majlis persandiangan serta sesi fotografi untuk rakaman pra-perkahwinan.

Jumlah tajaan secara kasar itu telah dimaklumkan sendiri oleh pengurusnya, Razif Rosdi dalam sidang media perkahwinannya yang berlangsung di The Royale Bintang, Damansara, petang semalam.
"Sebenarnya kami sendiri belum tahu sepenuhnya jumlah sebenar tajaan yang diterima Apex kerana masih ramai lagi pihak yang berminat yang mahu memberikan penajaan kepadanya. Namun secara kasarnya saya boleh anggarkan jumlahnya dalam RM300 000," katanya.

Sementara itu, Apex memberitahu dia sangat berbesar hati menerima segala tajaan yang diberikan kepadanya untuk hari bersejarahnya nanti.
"Saya amat berterima kasih kepada semua yang sudi menaja perkahwinan saya serta juga kepada Astro Ria yang akan menjadi penyiar rasmi untuk majlis nikah dan perkahwinan saya selain Era FM dan THR Gegar FM yang akan menjadi radio rasmi," beritahunya.

Penajaan itu turut meliputi sekitar 3 majlis respsi mereka iaitu di sebelah pihak perempuan yang akan berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan pada 30 Disember 2012, serta majlis persandingan sebelah lelaki di kediaman Apex di Kampung Chenang, Kota Bharu, Kelantan pada 5 Januari 2013 dan sebuah majlis resepi khas di The Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013.

Keempat-empat majlis perkahwinan mereka bakal disiarkan secara eksklusif oleh penyair rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey di Astro Ria (saluran 104) dijangka seminggu selepas majlis respsi terakhir mereka pada Januari tahun depan.
Mewarnai perkahwinan ini, portal murai.com.my tampil menjadi portal rasmi perkahwinan dengan menerbitkan sebuah program online isitimewa dengan kerjasama LH Media TV yang menjadi sinemafotografi rasmi persandingan serta The Photolicious (fotografi rasmi).

Wednesday, November 21, 2012

Khairul Fahmi bakal nikahi Leuniey 28 Disember ini

KUALA LUMPUR, 21 NOV 2012: Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan panggilan Apex, 23, bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Leuniey Natasha pada 28 Disember ini.

Majlis pernikahan tersebut bakal dilangsungkan di kediaman bakal isteri Apex, Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, jam 9 pagi. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Apex dan Leuniey menerusi satu sidang media yang baru saja diadakan sebentar tadi di Hotel Royale Bintang Damansara.

Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan pada 30 Disember jam 8 malam berkonsepkan Melayu Kotemporari.
Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan dilaksanakan di kediaman Apex iaitu di Kampung Cherang, Kota Bharu, Kelantan bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.
Sebuah majlis resepsi pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara, pada 13 Januari 2013 bermula jam 8 malam dengan memilih konsep English Style.

"Insya-Allah, saya akan bernikah pada 28 Disember depan dan 3 majlis resepsi bakal diadakan untuk perkahwinan saya ini. Dua majlis di Kelantan dan sebuah majlis lagi akan diadakan di Hotel Royale Bintang Damansara.
"Saya mengalu-alukan kedatangan semua media untuk majlis pernikahan dan resepsi sebelah lelaki dan perempuan di Kelatan. Bagaimanapun, untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur, hanya kenalan rapat saja yang bakal dijemput disebabkan majlis ini bakal diadakan secara kecil-kecilan saja," kata Apex.

photo ketika sesi Pre-Weddingnya...

Bagaimanapun, keempat-empat majlis ini bakal disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104).
Tambah istimewa, radio nombor satu Malaysia, ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey di Hotel Royale Bintang, Damansara.
Stesen radio nombor satu di pantai timur, THR Gegar pula turut menjadi radio rasmi perkahwinan pasangan ini di Kelantan. Kedua-dua stesen radio ini bakal menjalankan sebuah kempen istimewa yang memberi peluang peminat penjaga gol Kelantan ini untuk hadir ke majlis bersejarah buat Apex.

Mewarnai perkahwinan ini apabila, portal murai.com.my dipilih menjadi portal rasmi perkahwinan berkenaan dengan menerbitkan sebuah program online istimewa dengan kerjasama LH Media TV yang menjadi sinematografi rasmi persandingan yang dinanti-nantikan ini. Persandingan ini turut mendapat kerjasama dari The Photolicious yang bertindak sebagai fotografi rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey.

Pasangan ini pula bakal berseri lagi dengan rekaan baju daripada pereka popular, Ezuwan Ismail bersama material kain yang mendapat penajaan dari Jakel. Mankala, untuk majlis resepsi di Hotel Renaissance, Kota Bharu pula, ia bakal mendapat sentuhan kreatif dekorasi dan pelamin dari N Touch Trade and Wedding Gallery Butik milik Leuniey.
Sementara, dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang Damansara pula mendapat sentuhan magis dari Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur. Selain menjadi lokasi rasmi resepsi di Kuala Lumpur, The Royale Bintang Damansara juga menjadi lokasi rasmi bagi sesi fotografi dan rakaman pra-perkahwinan serta sidang media perkahwinan Apex dan Leuniey.

sekitar Pre-Weddingnya....



**terkejut dengan pengesahan ini,Apex nok kahwin doh la....tak boleh minat lebih2 lagi....sekadar peminat jer la yer...apa-apa pun TAHNIAH daripada saya Apex...Insyaallah saya akan turut hadir ke majlis Apex & Leuniey....

Thursday, October 25, 2012

Khairul Fahmi(APEX) bakal menamatkan zaman bujangnya Disember ini

Baru and hari yang sama aku duk gila baju APEX dan baju bola...haii nasib oh nasib...(fanatik dengan APEX sangat.)....tiba2 dapat story ini..huhhh...menaruh harapan yang kini dah hancur..(hampehh)...apepun,tetap sokong APEX sokmo..!!..apexxx,awal hoh nok kawin dohhh..


KUALA LUMPUR, 24 OKT 2012: Tanpa berselindung, pengurus peribadi penjaga gol Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Mohd Razif Mohd Rosdi mengesahkan bahawa ikon bola sepak itu bakal menamatkan zaman bujangnya Disember ini bersama kekasihnya, Leuniey.
Bagaimanapun, Mohd Razif atau Razif memohon agar Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, diberi ruang dan masa untuk mengulas lebih lanjut tentang berita pernikahan itu.
"Ya, memang betul. Apex bakal berkahwin dengan Leuniey pada Disember ini. Pun begitu, untuk sementara waktu berikan Apex masa yang sesuai untuk menerangkan lebih lanjut tentang persediaannya ke alam berumahtangga.
"Bukan niat Apex dan keluarga untuk menyembunyikan berita gembira ini. Cuma, sekarang ini, Apex mahu fokus dengan Piala AFF Suzuki yang bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini.
"Saya mewakili Apex, Leuniey dan keluarga kedua-dua individu ini memohon maaf kerana tidak boleh memberikan komen yang lebih terperinci. Apabila waktu yang sesuai tiba, segalanya akan dijelaskan dengan lebih. Doakan yang terbaik dan segala yang dirancang berjalan dengan lancar," katanya kepada murai.com.my.

Pengurus peribadi Apex itu juga pada masa yang sama masih belum boleh mengulas lebih lanjut mengenai tarikh sebenar majlis pernikahan dan persandingan pasangan ini. Sebaliknya, dia berjanji akan mengumumkannya dalam masa terdekat nanti....



Menurut sumber SINAR HARIAN,yang saya baca dan ayah APEX telah mengumumkan tarikh,sekitar 28disember - Januari....apapun,tunggu jer laa....


gambar kat bawah nih,dia duk msg saya kot..dia suruh tunggu tepi jalan,rombongan piala nk lalu....(perasan jemahh)...hahahahaahha...

ni haa gambar kenangan saya dengan APEX...raya 2012!!....yeahhh..happy dapat jumpe..
..
**terkezut jemah APEX nk kawin dah..huhhh...tengok paper and tajuk depan sekali,terus beli tuh...huhh,tenang2....cool2....
semoga APEX bahagia bersama kak leuniey yoooo....

Friday, October 5, 2012

Sayang boyfriend lebih dari Parents


Taat Pada Boyfriend.

Perempuan selalu cinta dalam-dalam. Tak berpada-pada. Dia percaya  lelaki itulah yang dia bakal kahwini. Mungkin dia anggap, relationship itu sebagai satu test, adakah dia wifey material. Jadi dia kena tunjuk betapa wifey materialnya dia. Dengan taat pada boyfriend.

I’ve seen this a lot (ehem, girlfriends). And at one point in my life, I used to be that girl too.

“Weh jom keluar lepak jap. Lamanya tak jumpa!” “Jap aku tanya boyfriend aku”. Wow, sejak bila berdosa andai boyfriend tak redhakan pemergianmu untuk melepak bersama teman-teman? Bilakah tanggungjawab menjagamu beralih dari ibubapa ke boyfriend mu? LOL.

Bila liat nak solat, boyfriend call dan tanya dah solat belum? Wow terus laju capai telekung dan bersolat wow wow, cuba kalau Mama atau Daddy yang suruh pergi solat, tunggu lagi beberapa minit nak habis waktu baru bergegas.

Ibubapa nasihat belajar rajin-rajin, oh it’s just another nasihat yang berulang sejak dari tahun satu lagi. Tapi bila boyfriend bagi kata-kata semangat nak exam, sayang jangan lupa baca Allahuma Yassir Wala Tuassir ya xoxo. The moment dapat anugerah dekan terus update status FB I can’t do it without you, you are my drive, my inspiration, my backboneWah tiba-tiba dia jadi tulang belakang kau, entah engkau tulang rusuk kiri dia ke idok, belum confirm lagi.

Bila pakwe ajak keluar weekend, terus OKAY! *sambil cancel semua plans lain*. Kalau family kata baiklah we’re having dinner this weekend, jawapannya “Tengoklah kalau I free”.

Kalau nak pergi clubbing, "weh nanti jangan tag gambar aku, nanti boyfriend aku nampak". Oops, taknak hancurkan hati boyfriend uols! Hati mak bapak camne? Oh lupa mak bapak takde Fesbuk. Sorry sorry, ini tak valid.

There’s a difference between being a good partner, and secara buta tuli taat. If he is a good partner to you, and you repay him with kindness as well, you’re a good partner. Kalau dia treat you macam bangang, tapi you still put him first, that’s… sorry to say, buta tuli taat.

Bila buta tuli taat, you lose your value and above all, you lose yourself

***So ladies, don’t give your all just yet. Not until he sits on the cushion and the pakciks around him said “SAH”. Biarlah orang kata jual mahal, sebab benda mahal memang kita kena jual mahal okay belajarlah ekonomi/business.

Monday, October 1, 2012

Sharing about Photographer and Outing

Holaaa all....
lama tak update blog ni...huwaaa,mishh you all....
here i'm coming home....quiet bz lately...bz ape haa??nothing ler,internet buat hal,tu long time tak updating..sorry guys.....Happy OCTOBER all..wah,dah bulan 10,sepember and august xder entry la,sob2...

And now i wanna sharing some story wit u all...actually banyak story i nak cerita,banyak sangat...but ni share yg rasa2 nak create di pagi hari laa..i wanna story about mr S dan geng...auhh....sapekah dia???

He's my photographer and i kenal dia pun time outing session with Rafis Rozelan&wife..on 19/7/2012..before ramadan(2day)...it mean 2months already...dah lama nak photoshoot dengan dia,tapi xsampai hajat,i banyak refuse..then kebetulan,masa nak pergi outing dengan Rafis on that day,tibe2 my friend car buat hal..act,memang i invite Shahrizal sekali..so,i told abg Fis that we have to cancel kot outing...then abg fis told me tats abg Rizal was at Kubang Kerian,im still keep thats sms yg bertulis "hello ko abg rizal tu..dio duk kube kerian doh tu.."...abg fis suruh i col Rizal..but i most  got call from him(so faster naa) ...so,apalagi,dia pun offer bulih dtg ambil i..lalu i told abg Fis,i dah bersama abg rizal..so abg fis cakap "suh dia cepat sikit..pasang tebo keta tu."..then jadi la session outing we all..act,abg rizal ajak g makan durian time tu umh member dia,but g kat abg Fis dulu..kesian dorang tgh tunggu..mula2 g cari bridal Lamina Raf dulu di Pengkalan Chepa untuk sesi mekap..1st time ni nak tengok kak Efaz mekap muka i..excited..Once dah siap makeup semua,i realy suka tgok muka ni,too matured dan mata yg penting..garang oullss.!finally siap,tibe2 hujan lobat melanda..hohh,tunggu hujan stop dulu la..muka dah siap,WAJIB jugak nk bergambar.....

Tadaaaa>>>>>most photo thats day...

OMG!!...very excited to see  the result....touch up by sis Faz...
See,mata i macam apa dah...tapi i like it...bulu mata penting tuu...lentikk!!..abg rizal siap pelik see my eyes!....haa,picture kat bawah ni mata i jadi pakai contact lens(GREEN)..nice tak?ahaaa.....thanks abg Rafis for the photo.....
look my eyes!!!!GARANGNYAAAAA
auww cakkkkkkkkkk
ni main ciku cakkk bawah pokok besar...act,i tak reti nk ngepose kat pokok2 ni..elergik dengan kayu,tapi ikut arahan mr photo jer la.....
like kayu rite...
ni ngepose tengah2 pokok.....macam kayu je aku ni pun..keras!!
smile to photographer yg agak notyyyy

so hott laaa...
gambar pegang payung ni i suka,tapi xreti nak posing yang 'gedik' sikit,becoz too nervous dekat photographer yg suka buat lawak kat depan...time nih berpeluh2 gila,sampai kak faz bagi tisu...kes photographer punya psai.!heyy,susah btl....tgok,i nk ngepose dok jadi.......!!
love
this one i like....cantik,nampak tinggi sikit,almaklumlah i xbrapa nk tinggi....and look matured as teenager...shukee,thanks abg Rafis took this photo....
**THANKS TO OFFICIAL PHOTOGRAPHER RAFIS ROZELAN & SHAHRIZAL..AND ALSO TO KAK EFAZ FAZLYN YANG TOUCH UP MY FACE...THANKS GUYS..SUKAAA!!..ni kali ke3 outing untuk tahun ni..yang sarat...

After that,setle lah sesi bergambar di taman...jom2,naik keta,dah magrib...so,we all hang out minum2...after that,abg rizal ajak lagi i kua utk g makan pulut durian dekat umah membernya yg seorang photographer juga...so,i on jer laa..malam tu kua lagih bersamanya...
Hadoi,punya laju dia bawak keta...memang drift laa,i'm just quiet kat tepi...serammmm...dah sampai,sesat pulak d Pasir Mas..cari2,finally jumpa umah member dia...hadoi,dah lwt smpai,nsb maknn ada lagi..makan laksa tu,laksa pulak ada 2 je..kebetulan utk kitaorng berdua kot..hahahha..nak makan pulut durian,pulut xder dah...kalo makan durian saja muntah i jawabnyoo....after setle makan,balik laa..on t way,si abg Rizal nih ajak  teman g jumpe member d Hayaki kat bilion..(teman lg)..woooottt,ramai photo2grapher hebat alls..ketaq lutut ambe....kagum!...
Then balik umh laaa..dalam pkul 11.45pm bru smpai,..ponatttt....abg rizal text "tq krna tubik dgn abe"..so i reply "suka kluar dgn abe sbb friendly"....hohoooo....then dia kata "gege doh saeng kato kita gewe"..so i reply "haahh?bila pulk kita gewe"...then dia kata "before this xpernah bawak perempuan jmpe kawan2,tu dorng oyk gitu"...lebih kurang gitu la ayat dia....do believe it???i don't...hahhahah....

**mr S actually friendly boy,selesa berkawan,dan peramah orangnya even 1st time kenal...but but but ..??...

ok guys,hope you happy with my story yg tak seberapa nih,laju dan tergantung sebab tak ingat..story lamaa....waiting for next story yeah...


Wednesday, July 18, 2012

2 in 1 cerita sebelum ramadhan

Assalamualaikum...
warghh,lama giler tak singgah update blog....almaklumlah sangat busy girl.(busy apa pun tak tahu)...dah nak masuk bulan ramadhan ohh..nasib ingat..ini malam baru rasa nak update blog ku..rindu maa mau lepas perasaan...macam2 perasaan saya rasa,terpendam ajo ler....tapi mampu kongsi apa yang patut...hehehe...let go ... 2 in 1 kisah saya kali ni ye....


KISAH 1


Sebenarnya,bulan ini bulan yang mencabar bagi saya...banyak harus di lalui sebagai kehidupan yang realiti...dari bulan Jun,saya sangat merindui arwah "papa"...sebab hari Bapa ,mesti teringat je..rindu papa yg kini sudah 4tahun meninggalkan saya..mungkin di saat saya sedang membesar,memerlukan arwah di sisi...namun takdir menentukan segalanya....sedih bila melihat orang lain bersama ayah di hari bahagia,bagi ucapan nan indah...saya hanya bersabar menahan rindu..saya rindu saat bermanja dengan papa,tidur atas bahu,berjalan bersama walau papa pergi kerja,ciuman papa pd saya,lps balik tuisyen slalu singgah warung bli kan milo ais,wktu sklh sllu anta jemput saya..bila nak phone,mesti mintak dengan papa dan papa terus bagi..saya rindu semua tentang papa........saya kuatkan diri untuk meneruskan kehidupan...pelbagai telah dilalui setelah pemergian arwah,mungkin hidup ini mengajar erti kehidupan sebenar setelah ku laluinya...sangat perit,kalau arwah ada mungkin ku tidak lalui ini,namun takdir kehidupan...namun masih bersyukur kerana masih ada UMMI di sisi..tetap sayang juga namun berbeza dengan papa sikit je kerana saya anak manja dengan arwah papa....masih ingat kata2 arwah 
"nanti belajar molek,perikso SPM biar luluh(lulus),upsr ngn pmr biaso jah,SPM tentu arah hidup kito..bia adik jadi doktor deh,kalu papa sakit seney(senang) nati..kalu nok nikoh,cari hok molek(elok) bia bulih(boleh) tupey(tumpang)...bia sedak mata tengok..papa sayng ko adk."..
Sesungguhnya beberapa pesanan itu sentiasa mekar di hati..mungkin ada yang tak dapat saya capai atas terganggu seketika..bila dah 18tahun umur,baru fikir semula ..papa,maafkan adik kerana hajat tidak tercapai...adik sentiasa mendoakan agar papa tenang di sana..AL-FATIHAH...





KISAH 2


Namun Jun juga memberi satu kenangan terindah bila dapat buat photoshoot dengan photographer yang hebat jugak kat klate...dia request saya untuk jadi talentnya...kenal abg G ni dekat FB,dan mmg sy suka lihat gambar2nya...dan pernah offer diri utk jd talentnya before this...shukee sangat,macam mimpi pulak..dengan dressing yang agak spontan,saya puas hati melihat gambar2 yang di ambil oleh beberapa photographer yang lain juga...theme "LEOPARD" tuh yang i like sangat....dengan hiasan mata yang memang power lah....abe Wan Mohd Ruzie memang kreatif...pandai makeover ....sangat puas hati...beberapa yang turut ada ialah abe Rafis Rozelan & wife,Mohd Hafiz,dan Wan Mohd Ruzie selaku photographer dan makeup..memang semuanya sporting habis...even 1st time face to face each other..i love you all lah...ni half photo yang saya nak kongsi..mungkin saya kekerasan sikit nak posing2 ni,sebab xready mana...jom tengok.....>>







when see in the eye,feel something that i really miss someone..but still smile for you 

remember you,i love the eyes and thats i want to be..thanks for realisasi my taste"
call mrs leopard ok....


di touch up by abe G..i love that so much





last moment ambik gambar sendiri kat umah...like sangat..




***Ok,cukup lah ye...itu sahaja yang dapat saya kongsi sebelum cerita untuk  selepas ramadhan dan raya pulak...so,saya mohon maaf andai kata saya ada silap kata dengan pembaca2 blog saya,mungkin kesilapan itu datang dari diri saya sendiri..saya mungkin tidak perasan kesilapan itu,saya tahu,saya banyak buat salah namun tidak nampak je..So,sebelum apa2,saya mohon ampun maaf dari diri ini agar kita semua dirahmati olehNYA sempena bulan mulia ini...selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua pembaca2 blog saya....
STAY TUNE lover..


Thursday, May 17, 2012

Apex tekad bawa pulang PIALA FA ke Kelantan!!

KEKALAHAN 1-2 kepada Terengganu pada final Piala FA musim lalu pasti sukar diterima penjaga gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat lapor SITI ZUBAIDAH MAT ISA.

Namun, untuk edisi kali ini Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apex bertekad untuk membawa pulang piala berkenaan ke Kota Bharu selepas The Red Warriors menempah slot ke perlawanan akhir menentang Sime Darby, Sabtu ini.

Bagaimanapun, Apex tetap waspada dan enggan memandang ringan keupayaan Sime Darby yang terkenal dengan gelaran The Giant Killer.


 “Sime Darby bukan sebuah pasukan yang mudah dikalahkan. Lagi-lagi pada perlawanan akhir. Mereka pasti berikan tentangan habis-habisan kerana mana-mana pasukan yang bermain di perlawanan akhir pasti menampilkan corak permainan yang berbeza,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumumannya sebagai duta Mister Potato di Shah Alam, semalam.


“Saya berharap dengan pelantikan sebagai duta, prestasi saya akan lebih bagus. Pada masa sama, menjadi inspirasi kepada anak-anak muda agar tidak takut menjadikan bola sepak sebagai kerjaya tetap,” kata Apex.


 Selain Apex, penyerang kelab Pelita Jaya FC, Safee Sali dan pemain tengah Harimau Muda A, Nazmi Faiz Mansor turut dilantik sebagai duta produk berkenaan.

Sementara itu, Pengurus Penajaan dan Aktivasi, Mamee Double Decker (M) Bhd, Sharszany Shahry Abu Shahriman berkata, pemilihan ketiga-tiga pemain kebangsaan itu bertepatan dengan matlamat mereka dalam usaha membangunkan sukan bola sepak negara bermula di peringkat akar umbi. 




WAU GERGASI YANG AKAN BETERBANG DI BKT JALIL
**Apapun,kami sebagai peminat THE RED WARRIORS yakin kelate bulih....yakin klate bulih....GOMO KLATE GOMO!!..bia masuk GOLLLL..!!..Piala milik kitoooo......

Friday, May 4, 2012

Awal Ashaari kini SAH suami kepada Scha Al-Yahya



Jutaan tahniah kepada pasangat "hot dan sweet"  Awal Ashaari yang sebentar tadi telah sah menjadi suami kepada Scha Al Yahya dengan sekali lafaz sahaja. Mas kahwin pernikahan pasangan pengantin ini ialah sebanyak RM2050. Scha telah diwalikan oleh ayahnya sendiri.

Termeterai sudah lafaz si jejaka,
Menyunting si jelita manis rupa,
Sekali lafaz sejarah bermula,
Awal & Scha konfim suami isteri di Putrajaya.
7 dulang hantaran Awal yang punya,
Berbalas 9 itulah jumlahnya,
Rm2050 jumlah mas kahwinnya,
Berbahagialah Scha di samping suami tercinta.
Hotel Pullman Lakeside menjadi saksi,
Saat bermakna si putera dan puteri,
Putrajaya International Convention Centre tempat majlis resepsi,
Berkumpulnya semua 6 Mei ini.
Tahniah diucapkan kepada Ahmad Awaluddin Ashaari & Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (Awal Ashaari & Scha Alyahya) yang telah selamat diijabkabulkan sebentar tadisedikit paparan sekitar majlis SchAwal di Putrajaya...
sedikit paparan gambar di sekitar majlis SchAwal....






kalo saya dapat yg nih,memang smile ler




Kedua-dua mempelai sangat cantik berseri dengan persalinan pernikahan berwarna putih. Pengantin lelaki telah menghantar 7 dulang hantaran dan dibalas dengan 9 dulang. Jumlah wang hantaran dirahsiakan. Nantikan gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya lagiii......... . . .





i'm the beautiful queen
saya dah maafkan awak..dah dah...0-0..