Thursday, November 22, 2012

Apex terima tajaan perkahwinan RM300,000

KUALA LUMPUR, 22 NOV 2012: Bakal melangsungkan pernikahan pada 28 Disember ini, penjaga gol kebangsaan, Khaiul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan Apex bersama pasangannya, Leuniey Natasha bakal menerima beberapa tajaan yang berjumlah sehingga RM300 000.

Penajaan itu termasuklah kain baju pengantin daripada Jakel, tajaan fotografi daripada The Photolicious, tajaan sinematografi daripada LH Media TV, Ari Wedding Couture untuk pelamin dan dekorasi di Kuala Lumpur serta Hotel The Royale Bintang, Damansara sebagai lokasi majlis persandiangan serta sesi fotografi untuk rakaman pra-perkahwinan.

Jumlah tajaan secara kasar itu telah dimaklumkan sendiri oleh pengurusnya, Razif Rosdi dalam sidang media perkahwinannya yang berlangsung di The Royale Bintang, Damansara, petang semalam.
"Sebenarnya kami sendiri belum tahu sepenuhnya jumlah sebenar tajaan yang diterima Apex kerana masih ramai lagi pihak yang berminat yang mahu memberikan penajaan kepadanya. Namun secara kasarnya saya boleh anggarkan jumlahnya dalam RM300 000," katanya.

Sementara itu, Apex memberitahu dia sangat berbesar hati menerima segala tajaan yang diberikan kepadanya untuk hari bersejarahnya nanti.
"Saya amat berterima kasih kepada semua yang sudi menaja perkahwinan saya serta juga kepada Astro Ria yang akan menjadi penyiar rasmi untuk majlis nikah dan perkahwinan saya selain Era FM dan THR Gegar FM yang akan menjadi radio rasmi," beritahunya.

Penajaan itu turut meliputi sekitar 3 majlis respsi mereka iaitu di sebelah pihak perempuan yang akan berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan pada 30 Disember 2012, serta majlis persandingan sebelah lelaki di kediaman Apex di Kampung Chenang, Kota Bharu, Kelantan pada 5 Januari 2013 dan sebuah majlis resepi khas di The Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013.

Keempat-empat majlis perkahwinan mereka bakal disiarkan secara eksklusif oleh penyair rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey di Astro Ria (saluran 104) dijangka seminggu selepas majlis respsi terakhir mereka pada Januari tahun depan.
Mewarnai perkahwinan ini, portal murai.com.my tampil menjadi portal rasmi perkahwinan dengan menerbitkan sebuah program online isitimewa dengan kerjasama LH Media TV yang menjadi sinemafotografi rasmi persandingan serta The Photolicious (fotografi rasmi).

No comments: