Monday, November 26, 2012

Ijoy nafi bercinta dengan STACY?

hey hoo semua...okay,entry kali nih cerita pasai member JEMAH ok...sal Apex dan leuniey,stop  dulu deh...jom layan GOSSIP!

Baru-baru ini terdengar satu gosip..Haa,mak jemah ni memang suka sangat pasal gosip2 ni haaaa...ada sorang member i,dia nih pelakon aooulls,nak kata hensem memang hensem lah...segak bergaya ...Jemah pun boleh jatuh hati..aisyeeee,larikkkk...lelaki ini lebih di kenali IJOY..ijoy onsem lah katakan...artis Sabah pun jatuh hati sama dia...wahhhh...sape kah gerangannya??...ijoy seorang pelakon 6 progresif,yang di siarkan setiap hari rabu or kamis xsilap d tv9...

ni,cer tengok gambar abang onsem ni....guane??demo keney dok?...kalu bulih hok nih,jangan lepas lah deh...rugi besarrrrr...!

Artis yang dikaitkan dengan Ijoy tu ialah STACY..wah,stacy tuh,bukan calang2 orang...before this i pernah jugak tengok gambar dorang bersama,tp ingat sebagai teman rapat.....tapi sekarang gosip hangat sudaa...untung kau ijoy di gosipkan sama Stacy...jeles i taw,..ngeh2...

banyak blog2 yang buat crita tentang si IJOY nih...sekali baca terkejut jemahh..dan ijoy juga menafikan apa yang tersebar beberapa hari lalu... "semua yang ditulis disini (blog tersebut) sama sekali tidak benar"..kata IJOY d laman facebook i...betul ker joy?hihi...

TP di sini i bukan lah nk kata betul tentang gosip tuh,si Ijoy dah habaq mai sama i yang dia dengan stacy tak ada apa2...boleh caye ke???ngeh2....tapi ijoy juga ada cakap "dah selesa hidup macam ni"....bagus kau ijoy...i sokong you tak kira apa jua keadaan sekali pun..sekarang sah2 wartawan sedang memburu IJOY tu kan,kau jawab je ape yang betul ok....apa lagi joyyy,lari d Sabah bha..mendaki gunong nan tinggi nun.....hihihii...


ni antara gambar yang sempat i rembat dari facebook IJOY yang di katakan hangat dengan stacy...ngeh2......


***Ala Ijoy,i tengok you and stacy serasi perr....sweet jak....tapi kalo jodoh takkan kemana...semoga kedua2nya bahagia dengan pilihan hati masing2....melepas jemahh xpe...ngeh22...larikkkkkkk

Thursday, November 22, 2012

Apex terima tajaan perkahwinan RM300,000

KUALA LUMPUR, 22 NOV 2012: Bakal melangsungkan pernikahan pada 28 Disember ini, penjaga gol kebangsaan, Khaiul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan Apex bersama pasangannya, Leuniey Natasha bakal menerima beberapa tajaan yang berjumlah sehingga RM300 000.

Penajaan itu termasuklah kain baju pengantin daripada Jakel, tajaan fotografi daripada The Photolicious, tajaan sinematografi daripada LH Media TV, Ari Wedding Couture untuk pelamin dan dekorasi di Kuala Lumpur serta Hotel The Royale Bintang, Damansara sebagai lokasi majlis persandiangan serta sesi fotografi untuk rakaman pra-perkahwinan.

Jumlah tajaan secara kasar itu telah dimaklumkan sendiri oleh pengurusnya, Razif Rosdi dalam sidang media perkahwinannya yang berlangsung di The Royale Bintang, Damansara, petang semalam.
"Sebenarnya kami sendiri belum tahu sepenuhnya jumlah sebenar tajaan yang diterima Apex kerana masih ramai lagi pihak yang berminat yang mahu memberikan penajaan kepadanya. Namun secara kasarnya saya boleh anggarkan jumlahnya dalam RM300 000," katanya.

Sementara itu, Apex memberitahu dia sangat berbesar hati menerima segala tajaan yang diberikan kepadanya untuk hari bersejarahnya nanti.
"Saya amat berterima kasih kepada semua yang sudi menaja perkahwinan saya serta juga kepada Astro Ria yang akan menjadi penyiar rasmi untuk majlis nikah dan perkahwinan saya selain Era FM dan THR Gegar FM yang akan menjadi radio rasmi," beritahunya.

Penajaan itu turut meliputi sekitar 3 majlis respsi mereka iaitu di sebelah pihak perempuan yang akan berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan pada 30 Disember 2012, serta majlis persandingan sebelah lelaki di kediaman Apex di Kampung Chenang, Kota Bharu, Kelantan pada 5 Januari 2013 dan sebuah majlis resepi khas di The Royale Bintang, Damansara pada 13 Januari 2013.

Keempat-empat majlis perkahwinan mereka bakal disiarkan secara eksklusif oleh penyair rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey di Astro Ria (saluran 104) dijangka seminggu selepas majlis respsi terakhir mereka pada Januari tahun depan.
Mewarnai perkahwinan ini, portal murai.com.my tampil menjadi portal rasmi perkahwinan dengan menerbitkan sebuah program online isitimewa dengan kerjasama LH Media TV yang menjadi sinemafotografi rasmi persandingan serta The Photolicious (fotografi rasmi).

Wednesday, November 21, 2012

Khairul Fahmi bakal nikahi Leuniey 28 Disember ini

KUALA LUMPUR, 21 NOV 2012: Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan panggilan Apex, 23, bakal diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Leuniey Natasha pada 28 Disember ini.

Majlis pernikahan tersebut bakal dilangsungkan di kediaman bakal isteri Apex, Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan, jam 9 pagi. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Apex dan Leuniey menerusi satu sidang media yang baru saja diadakan sebentar tadi di Hotel Royale Bintang Damansara.

Majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di hotel Renaissance, Kota Bharu Kelantan pada 30 Disember jam 8 malam berkonsepkan Melayu Kotemporari.
Manakala persandingan sebelah lelaki pula akan dilaksanakan di kediaman Apex iaitu di Kampung Cherang, Kota Bharu, Kelantan bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.
Sebuah majlis resepsi pula akan diadakan di Hotel Royale Bintang, Damansara, pada 13 Januari 2013 bermula jam 8 malam dengan memilih konsep English Style.

"Insya-Allah, saya akan bernikah pada 28 Disember depan dan 3 majlis resepsi bakal diadakan untuk perkahwinan saya ini. Dua majlis di Kelantan dan sebuah majlis lagi akan diadakan di Hotel Royale Bintang Damansara.
"Saya mengalu-alukan kedatangan semua media untuk majlis pernikahan dan resepsi sebelah lelaki dan perempuan di Kelatan. Bagaimanapun, untuk majlis resepsi di Kuala Lumpur, hanya kenalan rapat saja yang bakal dijemput disebabkan majlis ini bakal diadakan secara kecil-kecilan saja," kata Apex.

photo ketika sesi Pre-Weddingnya...

Bagaimanapun, keempat-empat majlis ini bakal disiarkan secara eksklusif oleh penyiar rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey iaitu Astro Ria (saluran 104).
Tambah istimewa, radio nombor satu Malaysia, ERA FM bertindak sebagai stesen radio rasmi persandingan Apex dan Leuniey di Hotel Royale Bintang, Damansara.
Stesen radio nombor satu di pantai timur, THR Gegar pula turut menjadi radio rasmi perkahwinan pasangan ini di Kelantan. Kedua-dua stesen radio ini bakal menjalankan sebuah kempen istimewa yang memberi peluang peminat penjaga gol Kelantan ini untuk hadir ke majlis bersejarah buat Apex.

Mewarnai perkahwinan ini apabila, portal murai.com.my dipilih menjadi portal rasmi perkahwinan berkenaan dengan menerbitkan sebuah program online istimewa dengan kerjasama LH Media TV yang menjadi sinematografi rasmi persandingan yang dinanti-nantikan ini. Persandingan ini turut mendapat kerjasama dari The Photolicious yang bertindak sebagai fotografi rasmi perkahwinan Apex dan Leuniey.

Pasangan ini pula bakal berseri lagi dengan rekaan baju daripada pereka popular, Ezuwan Ismail bersama material kain yang mendapat penajaan dari Jakel. Mankala, untuk majlis resepsi di Hotel Renaissance, Kota Bharu pula, ia bakal mendapat sentuhan kreatif dekorasi dan pelamin dari N Touch Trade and Wedding Gallery Butik milik Leuniey.
Sementara, dekorasi dan pelamin di Hotel Royale Bintang Damansara pula mendapat sentuhan magis dari Ari Wedding Couture, Kuala Lumpur. Selain menjadi lokasi rasmi resepsi di Kuala Lumpur, The Royale Bintang Damansara juga menjadi lokasi rasmi bagi sesi fotografi dan rakaman pra-perkahwinan serta sidang media perkahwinan Apex dan Leuniey.

sekitar Pre-Weddingnya....



**terkejut dengan pengesahan ini,Apex nok kahwin doh la....tak boleh minat lebih2 lagi....sekadar peminat jer la yer...apa-apa pun TAHNIAH daripada saya Apex...Insyaallah saya akan turut hadir ke majlis Apex & Leuniey....