Friday, February 24, 2012

Lisa Surihani sah menjadi isteri Yusri kru

 haaa,pasti jejaka2 kat luar sana terkejut dengan berita ini kan,melepas peluang nak dapatkan si cantik jelita ini...

 Berikut beberapa gambar Lisa Surihani dan Yusry semasa berlangsungnya majlis pernikahan mereka pada malam tersebut. Daripada gambar, tidak dapat disangkal yang Yusry begitu kacak dan Lisa pula begitu cantik mengenakan busana pengantin mereka. Tanpa membuang masa, ayuh saksikan~



Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja, Lisa Surihani sah menjadi isteri Yusry KRU pada 23 Februari 2012. Sweet sangat kan pasangan mempelai ni ? Tahniah dan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat . Majlis pernikahan telah pun berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya. Mas kahwin yang diberikan kepada Lisa ialah seutas rantai platinum.

Majlis pernikahan yang bertemakan “Winter Garden” ini berjalan dengan suasana sederhana. Semasa lafaz nikah disahkan oleh para saksi, Lisa kelihatan mengalirkan air mata terharu. Untuk makluman, pihak pengantin perempuan menghantar 9 dulang hantaran dengan keyboard dan koleksi lagu Beatles antara hantaran yang menarik. Manakala pihak pengantin lelaki menghantar 7 dulang sebagai balasan.




 Terima kasih BlissCandid & Beautifulnara sebab sudi berkongsi gambar-gambar yang cantik ni :)

*tahniah daripada saya sebagai peminat anda....

Tuesday, February 21, 2012

5 makanan agar kulit cantik berseri

 cantik kan 2 wanita ini...berseri2 lah......
memey dan fathia

neelofa yang terkenal dengan kecantikannya


5 Makanan Agar Kulit Mulus

Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit makanan di dapur sama pentingnya dengan krim perawatan kulit yang kamu gunakan. Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, yang diambil dari prevention.com, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, semestinya kamu perlu tahu apa makanan sihat untuk kulit, bukan? Berikut adalah 10 makanan yang boleh membantu kamu mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan.

1. Salad
Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kamu. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.

2. Tomato

Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.

3. Strawberi
Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.

4. Epal
Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.

5. Soya
Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30- an dan 40-an. Oleh itu, kamu digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.

Sunday, February 19, 2012

Piala FA 2012,kijang atasi bujang senang!!

Salam,apa khabar semua?haa,kali nih cik Sofea nak citer sal bola nih...lupakan pasal hiburan seketika...sekarang musim bola kan,so nak update sikit..tadi syok tengok tv bersama ibu,tengok perlawan bola sepak antara Kel vs Srawak..memang seronok sangat bila pasukan faveret saya "Kelantan" menang mlm nih...

aksi matyo sebelum di keluarkan cedera



 Jaringan kemenangan Norfarhan Muhammad pada minit ke 90″ menewaskan Sarawak 2 – 1 berjaya membawa Kelantan ke Pusingan Ke – 2 Piala FA 2012 bertemu Kuala Lumpur.


Kelantan terlebih dahulu dikejutkan dengan Jaringan Azizan Baba pada minit ke 21″ namun  Indraputra Mahyuddin Bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke 33″ hasil tandukan cantik selepas menerima hantaran dari Mohd Badhri Mohd Radzi.(piya)

Kemasukan Farhan Muhammad menggantikan Penyerang Import Nwoha dilihat agak berkesan selepas Farhan Muhammad berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 90″ hasil sepakan dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Sarawak Sani Anuar Kamsani.

Tamat Perlawanan menyaksikan Kelantan FA berjaya menewaskan Sarawak dengan jaringan 2 – 1...

Sunday, February 12, 2012

Neelofa rai Birthday bersama Keluarga,Peminat dan Media Rakan Artis


Bertempat di Bora Asmara,Sg.Penchala, Damansara. Neelofa telah meraikan majlis ulangtahun kelahiran beliau yang ke 23(10 feb) yg di anjurkan "Kelab Peminat Neelofa atau lebih dikenali dengan nama@NeelofaTeam" untuk pelakon pujaan mereka pada 11 Feb 2012. Ada beberapa aktiviti menarik diadakan bersama Neelofa semasa sambutan harijadi beliau yang bertemakan 'BLUE' colour.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 100 orang tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga , peminat, rakan artis dan media itu berlansung dengan jayanya walaupun cuaca agak kurang baik. Awal Ashaari selaku pengerusi majlis juga bijak mengemudi majlis dan membuatkan semua terhibur.
Sebelum sesi memotong kek, ada sesi penyampaian hadiah untuk tetamu yang berjaya menjawab soalan dengan tepat, dan hadiah istimewa tajaan AVON untuk best dress lelaki dan wanita yang masing masing di menangi oleh Iqram Dinzly dan seorang peminat Neelofa . Lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ di nyanyikan oleh Ana Rafali sebaik sebelum Neelofa memotong kek. Majlis diserikan lagi dengan sesi bergambar bersama peminat dan tetamu yang hadir. Teruskan membaca entry ini untuk lebih banyak gambar gambar candid…




aksi spontan semasa sesi berlakon bersama Neelofa



Neelofa mencium pipi adik bongsunya

barisan rakan artis yang turut serta memeriahkan majlis

Neelofa memotong kek disaksikan ibunya dan hadirin yg datang
Awal Ashaari selaku pengacara majlis party Neelofa

warna ikan laga mengikut tema majlis

kek harijadi Neelofa yg ke23 tahun



cantiknya Neelofa

sumber gambar dari   :     mediasemasa 

wah,meriahkan majlis pada malam itu,rugi siapa yang xjoin...tak per,tahun depan ada lagi..INSYAALLAH..