Friday, February 24, 2012

Lisa Surihani sah menjadi isteri Yusri kru

 haaa,pasti jejaka2 kat luar sana terkejut dengan berita ini kan,melepas peluang nak dapatkan si cantik jelita ini...

 Berikut beberapa gambar Lisa Surihani dan Yusry semasa berlangsungnya majlis pernikahan mereka pada malam tersebut. Daripada gambar, tidak dapat disangkal yang Yusry begitu kacak dan Lisa pula begitu cantik mengenakan busana pengantin mereka. Tanpa membuang masa, ayuh saksikan~



Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja, Lisa Surihani sah menjadi isteri Yusry KRU pada 23 Februari 2012. Sweet sangat kan pasangan mempelai ni ? Tahniah dan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat . Majlis pernikahan telah pun berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya. Mas kahwin yang diberikan kepada Lisa ialah seutas rantai platinum.

Majlis pernikahan yang bertemakan “Winter Garden” ini berjalan dengan suasana sederhana. Semasa lafaz nikah disahkan oleh para saksi, Lisa kelihatan mengalirkan air mata terharu. Untuk makluman, pihak pengantin perempuan menghantar 9 dulang hantaran dengan keyboard dan koleksi lagu Beatles antara hantaran yang menarik. Manakala pihak pengantin lelaki menghantar 7 dulang sebagai balasan.




 Terima kasih BlissCandid & Beautifulnara sebab sudi berkongsi gambar-gambar yang cantik ni :)

*tahniah daripada saya sebagai peminat anda....

No comments: