Thursday, May 23, 2013

AkademiFantasia (AF) 10,kini kembali..2013

Program realiti TV popular, Akademi Fantasia telah diumumkan akan kembali menemui penonton selepas setahun tidak bersiaran.
Selari dengan aspirasi Astro untuk menjadi peneraju kandungan utama di negara ini, Astro sentiasa mencari peluang untuk terus memperbaharui pengisian kandungan tempatan yang ditawarkan bagi mempertingkatkan nilai kedudukan di pasaran demi memenuhi corak permintaan para pelanggan.

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2003 sehinggalah berakhirnya tirai AF di musim yang kesembilan, kami melihat jenama AF ini sebagai satu platform dominan yang membekalkan pelapis-pelapis seni tanah air kepada industri.Ianya terbukti masih relevan apabila ramai bintang-bintang Akademi Fantasia seperti Hafiz, Stacy, Hazama, Akim, Aril, Aizat dan ramai lagi berjaya bertapak dan mencipta nama di dalam setiap cabang seni yang diceburi seperti bidang nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan.


Kembalinya AF 2013 akan membawakan pembaharuan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Untuk musim terbaru ini, calon peserta juga boleh memilih untuk sama ada menyertai program ini secara solo ataupun dengan pasangan duet. Selain itu, calon peserta juga masih boleh memilih untuk menghantarkan klip video penyertaan secara online di laman sesawang rasmi.


Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menghadiri ujibakat menerusi lokasi yang ditetapkan, anda boleh menjalani ujibakat AF 2013 secara online.
PENYERTAAN SECARA ONLINE
• Akademi Fantasia menawarkan perkhidmatan interaktif khas untuk anda! Dapatkan info-info ujibakat, syarat-syarat penyertaan serta ujibakat secara ONLINE dengan melayari www.akademifantasia.com.my
Cara-cara menghantarkan penyertaan:
1. Pilih mana-mana lagu.
2. Rakamkan video nyanyian anda secara kreatif.
3. Muat naik video anda di youtube sendiri.
4. Isi borang uji bakat yang terdapat di laman web ini bersama dengan youtube link. Untuk penyertaan secara duo (2 orang) anda perlu mengisi borang secara individu.
5. Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube anda ke akademifantasia@astro.com.my
6. Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya. Anda tidak perlu melalui peringkat pertama dan terus mara ke peringkat ke-2.

Program Akademi Fantasi 2013 ini dijadualkan untuk mula bersiaran di saluran rasmi Astro Ria (104) pada bulan September kelak.
Bagi anda yang mempunyai bakat terpendam serta mempunyai keinginan untuk mencipta di persada seni hiburan, anda boleh hadir di ujibakat tersebut :

1) JOHOR : HOTEL THE ZON,JB, 1 & 2 JUN2013
2) PULAU PINANG : HOTEL VISTANA,P.PINANG, 8/9 JUN 2013
3) SARAWAK : HOTEL MERDEKA PALACE,KUCHING, 15/16 JUN 2013
4) SABAH : HOTEL PROMENADE,KOTA KINABALU, 22/23 JUN 2013
5) SELANGOR : SHAH ALAM CONVENTION CENTRE(SACC),SHAH ALAM, 29/30 JUN 2013



INFO PENTING
Nota
  1. Kaunter pendaftaran dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang
  2. Calon digalakkan datang awal untuk mengelakkan sebarang kesesakan
  3. Calon bebas untuk menyanyikan sebarang genre lagu secaraacapella
Syarat Ujibakat:
  1. Peserta lelaki dan wanita
  2. Peserta individu ataupun duo
  3. Berumur 18 - 35 tahun (pada tarikh ujibakat diadakan)
  4. Warganegara Malaysia dan Singapura termasuk artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan
Sila bawa:
  1. Salinan kad pengenalan bagi warganegara Malaysia ataupun salinan passport bagi warga Singapura
  2. 2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang)
     
 **saya pun nak cuba,dari dulu lagi minat tapi tak cukup umur time tu,sekarang dah ok...nak cuba nasib...bismillah..........

Wednesday, April 17, 2013

Liga juara HOTFM 100plus

holaaa....assalamualaikum....
yeahaaaa,bertemu lagi kita.....okay,entri kali ini saya nak kongsi cerita sehari bersama hotfm...

Sabtu lalu(13April2013) bertempat di Arena Futsal,KB telah berlangsungnya perlawanan futsal antara penyampai2 hotfm dan juga artis2 tanah air..sangat meriah dan ramai yang hadir menyaksikan perlawanan tersebut,mana tak nya,nak tengok penyampai2 ni mampu ke tak main futsal kan?...antara yang menghangatkan futsal tersebut semestinya Fara Fauzana,Faizal Ismai(FBI) ,AG,Fizie hotfm klate,renny hotfm klate,shaz hotfm klate,farid hotfm klate,Fizo Omar,Danny XFactor,Hazama,Edry kru,Awi Rafael dan ramai lagi.....antara team yang telah di beri nama....


Kakikukekok - Fafau/Danny
Toksey FC - FBI/EdryKRU
Smak FC - AG/FizoOmar
KakiBola - Kieran/AepulDramaBand
Sukahatikawela - Fizie/Hazama
SekkNakir - Farid/TengkuAdil
TeamBreng - Renny/AwiRafael
Sekk Nnetok - Shaz & Black!



juara menerima rm3000,dan telah di menangi oleh kumpulan Smak FC iaitu team Fizo/AG...naib jura dimenangi oleh kakikukekok iaitu team Fafau/Danny..manakala tempat ketiga,sekknakir iaitu team Farid/TengkuAdil....

pasukan pilihan saya??semestinya team kakikukekok..sebab??adalah la sebab nya....namun team lain2 juga saya turut sokong kerana mereka berusaha bersungguh2..saya kagum melihat setiap kumpulan...SALUTE!!!...

Disamping itu,saya turut gembira kerana dapt bermesra bersama rakan2 baru,artis2,penyampai2 hotfm yang selama ni dengar suara je....the best moment... i love all of them...some photo of moments sempat di rakam dan i take from hotfm...sharing caring....






Monday, April 1, 2013

kisah cinta mukabuku ..indah atau sakit?

assalamualaikum......
yeay...berjumpa lagi kita....sekian lama hilang....yes,im coming home...buzy benar cik SOFEA nih...
apa khabar rakan2 semua ,harap sihat semuanya.....

Ya,bila sofea mula menulis,mungkin dah tahu sefea nak share cerita kan....hurmmmmmm,sedih atau gembira yea??ok...fea nk cerita yang sedih la...tak tahan hati menanggung sebak ni...yea,mungkin ada yang tahu life fea happy,bahagia bersama cinta hati baru...tapi itu sekadar sementara....

kami mula berkenalan di laman sosial facebook sejak november2012..kami hanya berchating suka suki dan si dia bagi number fhone secara tak sengaja...so,time tu fea single and i need someone...so,fea text dia..even dia mintak number tapi fea tak bagi..bila fea tengok gambar dia,tengok profile dia,rasa berkenan la pulak..dia orang Sandakan,Sabah...berumur 24tahun...anak kedua dari 5adk beradik...so,kitaorang mula lah berkenalan lalu dia ingin menyunting fea sebagai kekasih hati..tengok cara dia mungkin dia ikhlas...lalu mulalah cinta antara alam maya tanpa bersua muka antara satu sama lain...kasih sayang mula bertambah...

so,kami bercinta di alam siber dan melalui call/sms sahaja...dia pernah text "abg da bg heboh ma smua fmly abg sal eira..dgn fmly ..jgn malukn abg..skrg ni,abg xmhu eira lyn abg mcm llk yg pernah eira knl..abg ada maruah..abg tahu eira bnyk peminat..abg xkish eira mhu bkwn ma sape2,yg pnting niat eira mcmna"...alhamdulillah,bahagia nya saat itu...fea kenalkan dia dgn seorang sahabat baik,time tu fea tak faham bahasa dia bercakap,memng bhasa MALAYU,tp pelat Sabah,so fea kurang faham lg..macam itik dgn ayam gamaknya..hahahaha,so belajarlah dengar2 bhasa sabah....tiada apa dapat di gambarkan..kami mula berkongsi gambar,mms each other...lalu,suatu ketika,dia menyuarakan ingin serius dan memperisterikan fea...jadi,mungkin segalanya akan terjadi jika dia bersungguh2 dalam perhubungan ini...pada bulan 12,dia text fea yang mahu datang SEMENANJUNG,Kelantan pada birthday fea...so,fea masih tak percaya..sampai lah dia mms photo ticket...betul la gamaknya....fea bagitahu ummi..dan ummi tak percaya....si dia pun rapat juga dengan ummi fea,dan si dia ni pandai ambik hati ummi...bila bercontact 2 jam paling lama dia bersembang,ayoooo...yelah,dengan fea,susah mahu angkat fon dan fea seorang xsuka membuang masa dengan pegang je fon buat lenguh tangan je....dia tak pandai nak main angin fea,betul lah fea jadi senyap jugak....kan!!!...hahha...so,pelbagai janji kami hidup semati bersama,mahu berhoneymoon di tempat2 yang indah.."syg nak kita honeymoon di Pulau Mabul,blh kan abg"....lalu dia pun kata,boleh syg...."Kundasang sejuk,nt honeymoon kita di sini yea...abg peluk syg seerat2nya"....wah,indah nya bila dengar dia kata begitu,membuatkn ku tidak sabar untuk bersama....pelbagai janji manis di janjikan...sms setiap pagi.."MORNING SYG,mmuaaahh"..mengingatkan ku pada si Nik Hazimi yg pernah singgah di hati suatu ketika dahulu...tapi si dia yg ni lewat sms,klu nik jam 7.00 pg lg...eheee..jgn nk bandingkan...!!!...so,fea pun rasa sgt bahagia dengan HAFIZ ni..dia penyanyng,caring dan manja!!...dia selalu share photo dia bersama ank buahnya RAFIE!..rafie sgt cute...dia pernah cakap ..."rafie contoh future baby kita"...wah..sangat hapy....dia pernah berpesan "syg kna amalkan 3k dlm phbngn kta...kejujuran,ksetiaan n kpcayaan"...  fea pun still save sms tu....dan dia pernah text "wah,pe la jdnya ya..abg+syg=btmbah2 cumil bby kta"..indah sangat!....sukaaa...bila sy ckp wah,rafie uda besar baru dapat cousin barukan....so,dia text "uda unty eiranya mhu lmbt2,mcmna juga..abg klu blh,khwin hri ni..bln dpn da prgnt.."..saya hapy...saya xsabar nk kahwin...serius!...."abg xsabar nk ada bby dgn syg..bhgianya kta syg..puas hdup abg tme 2".....bila dia persoal aabout prgnt,sy ckp mesti kelakar bila pkai bju tu..so,dia bgthu "cumil pe syg,abg cium2 prut syg..junior kta syg..bhagianya abg rasa.."..sy terus berjanji,saya akan bahagiakannya bila kami bersatu...dan dia cakap sekarang!.."skrg k..wlaupun abg blm lg jd yg sah..abg mhu kta sntiasa bhagia syg..klu syg mhu brsalin,abg mhu.dktor ppuan..pas tu abg dsblh syg.."...saya terharu...terkedu...nak nagis wei....so,saya cakap,kta bhagia slalu even salalu gaduh pro..hehehe...

dan lagi textnya yg masih saya ingat..."betlla kata org,nk pikat anknya,pikat maknya dlu..btl2 mgalahkan tme kta bkoling syg..umi 2 jam lebih,blm lg kira yg dulu2...kta 1jam pun xthu smpai ke x"...yelah kan,dia rapat sama my ummi ...xper lah....dan alkisah mahu ank lagi....dia pernah berkata dia akn berdoa di malam pertama utk dapat zuriat yg sempurna..."ank ya..hehe..sblm kta mlm ptama,abg mhu smbhyng sunat..mnta bby yg cumil2 n ckup sifat".....dan sekali lagi hati terasa sebak dengan kata2 nya itu...naluri seorng lelaki mahu sempurna dan mnjadi seorang bapa.....abang!!,syg cintakan abg.....

dan seminggu sebelum tibanya hari lahirku,timbul la masalah krisis antara kami...so dia text "abg xsuka syg lebihkan fb dr lyn abg..asl abg sms..mst syg ckp mhu habis krdt..pstu bru isi krdt..abg xsuka org tak ambil brt sal abg"....adakah aku bercinta dengan "ANAK RAJA"..hoh,nak perempuan ambil berat mengalahkan ibu sendiri ke hape?hello,kita belum kahwin!..jika sudah kahwin,dari A-Z saya boleh ambil berat pada awak...prinsip hidup saya sebagai perempuan bermaruah..
SAYA TAK SUKA MULA SMS/CALL LELAKI,JIKA DIA BERSUNGGUH UTK JADI SUAMI KITA SEBELUM KAHWIN,MAKA DIA HARUS LEBIH TONJOLKAN DIRI DIA SEBAGAI KETUA RUMAH KPD PEREMPUAN....DAN SELEPAS BERKAHWIN,MAKA TERBALASLAH APA YANG TERPENDAM KERINDUAN UTK MENGAMBIL BERAT DAN KASIH SAYANG PADA SUAMI..!..ITU NALURI SAYA SEBAGAI PEREMPUAN YG ADA HARGA DIRI...

tapi masih tidak cukupkah apa saya buat sebagai kekasih??layan kerenah dia,sms pun selalu juga...bukan tak de sms...apa yang dia mahu lagi?kami belum lagi bernikah...tapi mahu saya layan lebih dari itu?tak mahu ker simpan untuk selepas kitaorang nikah nanti kasih sayang tu??kan bahagia dia ada kasih sayang yang belum di gunakan lagi lalu di gunakan selepas nikah....

dia juga ada text.."abg sntiasa inginkn syg ada..abg xmhu pknln kita just indah hny smntra..abg rndu ma syg dulu..." hurm,,,....masih sama je kot...

17march dia tiba d KELATE....saya dan ummi tiba d airport utk menyambut kehadirannya...ummi beria2 nih mahu sambut kedatangan bakal menantu dari jauh nun...airport sebenarnya banyak kenangan cinta...kerana Nik Hazimi dulu kerja d airport,so cinta kami bnyk di sana....wahaaa,bila sampai,ummi ckp "kalo jmpe nik,wat2 sombong ok,kita sambut org jauh dtg,org hensem dari dia."amboi ummi nih....huh....so kami 1st time jumpa d KFC airport....saya duduk serba slah,kejap bangun kejap duduk...p sana sini..dan keluar dia dari lift,dengan sogannya ku terus duduk dan tutup muka...malu kononnya...umi suruh bersalam,just on..ahaaa...terdiam terkedu terbisu...face to face,real of face tu...so,lulus kot....kami bersembang sampai malam...
18march,oh my BIRTHDAY!!!..hari yg paling busy,kalut p sana sini...lewat sampai ke majlis ku semua orang dah balik...ngehooo...nasib baik kakak bagi pinjam kereta untukku..boleh la punggah barang2 dan my bestie...syukur,semuanya selamat...sempat jumpa beberapa tetamu yg di undang,tp ada jugak yg xsempat jumpa...huwawawaw....so,everything ok..si dia bagi rabbit pinkky...cute jugak la...ohoooo...dan slow22 krisis kami bertambah teruk...huhuu...

krisis mula dari dia text.."jgn post d fb k gmbr2 kita bjmp..abg tak mahu fmily pkck n abg thu..."...dan saya mula la api membara kan....pelik pulak...."ples fhm ma abg k syg,abg rhsiakn pjmpaan kta dgn org len"..hati ku bertanya pelik nya...kenapa mengapa...lastly i reply "whtever,ok i will delete all about you,and photo in my fb"...huihh,panas hati boh....
krisis berlarutan sehingga satu malam saya rindu dia...saya sms.."i love n miss u abg"...guys!!...u tahu apa dia reply,sedih gila kot..."k,tq gudnite"....dan saya tny dia,"abg dah xsygkan eira?..lalu dia rep "sudala k..abg mls mhu bckp..abg ngntuk..esk2 jak sms"..dan seterus malam2 len tidak pula di balas lagi sms saya....saya mengerti,dia sedang enjoy di KUALA LUMPUR,dengan perempuan2 yang entah apa2 lah..cousin ke hape ke?euwwwwww,geli...mungkin dia nak lepaskan stress dia mcm gitu...bila ummi tengok,ummi langsung diam dan tidak bg respon anything,...tak pe,saya terima...asal dia gembira,mungkin gembira di dunia,lepas perasaan di dunia dengan perkara bukan2,tapi di akhirat ALLAH akn balas...di dunia lagi allah akan balas...saya sedih bial tengok orang yg saya syg,cinta,dan impi bakal suami menjadi mcm tu..."ANTI SOSIAL"..sy pantang lah perkara gitu...perempuan sana sini,clubbing2,karok karok melalak2 bercampur aur dgn perempuan seksi bagai...yaallah,berila dia petunjukmu,bimbing lah dia ke jalan mu YAALLAH...berilah dia kesedaran bahawa ku amat menyintainya ..namun belum ku tunjuk sepenuhnya kerana keimanan ku masih simpan utk di hari bhagia...masih belum cukup kah apa yang ku layan dia.....semoga ALLAH tunjuk jalan yang benar....

****ni half photo time dia enjoying....yang boleh pulak masukkan umum di facebook....suka,tak marah,family tahu pun tak pe...aku ni sebagai kekasih yg nak buat bini dia???tak bagi??oh....giler kot....dia lupa dah kot janji2 tu....mungkir janji,padahnya????????>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>














 photo di airports............




***tunggu episod seterusnya untuk sambungan lebih menarik.....ni sedakar luahan di tengah2 malam bertemankan lagu FIRMAN-KEHILANGAN....ku merakan kehilangan,namun masih ada di hati.... hope bila dia baca dia mengerti..tapi ni hanya sikit dan ringkas...nantikan episod kedua untuk teratur lagi ceritara cinta muka buku EiraHafiz..

Sunday, February 10, 2013

Al kisah kami ke majlis kahwin Khairul Fahmi Che Mat (APEXS)..-part 1-

Assalamualaikum.......
okay,lama tak update blog...now,i'm welcome back.....HELLO2.....ada story nak share....

haaa,cer tengok saper tuu...serasi kan???dua jiwa menjadi satuuu.....okay,28 Disember lalu ialah hari bersejarah APEXLEUNIEY..kenal tak???haa,xkenal,memang ketinggalan zaman .....hahaha......okay,saya turut hadir di majlis dorang,tp belakang tabir je lah...follow kakak.... penyibuk katakan....toink2....seawal jam 6 bangun siap2 nk p umah pengantin lelaki ni...excited2...mekap2 lawa2...LAWA KERRRR??...hahaha.. then sampai lah ambo di umah apex di Cherang,Kota Bharu..so kakak ambo sebagai mak andam family Apexs..so,i just tengok suasana di umah Apexs yang sedang siap2...woooottt,time sampai umah Apexs,dia baru bagun boh..duk atas tilam depan tv lagi...berkain pelikat...mana and bila lagi nak tengok..simple jah apex duk dumoh dio...supo ramai2 jah...hahaa.....then dorang pun sedang bersiap2...ada shooting siap dalam umah apex pagi2 buto...walimatulurus katakan...terpegun JEMAH bleh p umah ore sohor...kau hadoo??eheee....-peace-..

Tepat jam9pagi kami berkumpul,then di ESCOT abg2 polis trafik oulllss....fuyoooo,lampu merah jalan,orang2 biasa stop2 tepi jalan...tengok keta kami semua....Apexs naik BENTLEY,pergh...perghh,rasa macam jadi raja pulak...hampir 30buah kereta gamaknya...(kakak kata kalo aku kawen,kena buat gitu juga...boleh ke??sat g aku kawen ngan retis yer kak)...ni haa sempat snap lagih time di escot....>>>>>>>

THIS IS KOTA BHARU,NOT KL..haaa


 KETIBAAN yang di nantikan..........
Then tiba lah kami ke rumah Leuniey,perghh di sambut lagi dengan abg2 parking kereta..smart BOH...umah leuniey bapak lawaaaaaa,kami disambut oleh keluarga besar Leuniey dan penduduk2 kampung...Bangga BOH...sukoooo..pakpakpumpumpakpakpum....ku serbu masuk umah leuniey dulu..malas nak meramaikan kat lua panas2...masuk bilik leuniey,perghh,cun wooooo dia tengah siap2..jurumekapnya AIM AZAM...apa lagi,"kak leuniey nak bergambar!!!"....ngeh2,ku serbu dia...wooot2,ada EZUWAN ISMAIL...smarttt hooo,pereka busana idaman tuuu...tp tak sempat mau culik pula...
SMART ANOK CHE MAT

AWEK CUN....COUSIN LEUNIEY....

JENG JENG JENG.....JEMAH DAN LEUNIEY.....MUKA DIA BERDEBAR NIH....tp paksa jugak mahu bergambar.....(leuniey pakai heels 10inchi..perghhh...hampeh)..
photographer gigih menanti...

-AKAD NIKAH BERMULA.....

Jam 10.25,KHAIRUL FAHMI CHE MAT,23,(Apexs) telah sah bergelar suami kepada NUR EILUNIE NATASHA,21,(Leuniey)...."AKU TERIMA NIKAHNYA DENGAN YANG TERSEBUT..."..SAH??,aokay sah..."...pendek jer jawab apexs...aminnnn....mas kahwin dan hantaran berharga RM19,000...perghh,nombor tuah Apexs tu BOH...ganah pexss...tahniah lah bebenor....so,bermulalah sesi membatalkan air sembahyang dan bergambar dan makan2 pengantin....jom kita lihat gambar pulak....banyak cakap jemah nih....
jeng2,reaksi sekitar majlis...saat berdebar sehingga selesai.....>>>


KHAIRUL FAHMI CHE MAT,SEDIA???
APEX BERDEBAR NI ...
AKU TERIMA NIKAHNYA DENGAN YANG TERSEBUT










MUMMY DADDY LEUNIEY
KELUARGA BESAR APEX
 SEKITAR KAMI SNAP2 PHOTO SAAT PENGANTIN SEDANG MAKAN...

AMYTOUCH,JURUMEKAP SOHOR KLATE NIH
IWAN FANCY,WEDDING PLANNER SOHOR





haaa,tak puas lagi nak tengok???sabar..banyak lagi....slow2 story....banyak kisah apexleuniey ni....tunggu part II nanti sekitar resepsi pula....-peace yooo-