Thursday, May 23, 2013

AkademiFantasia (AF) 10,kini kembali..2013

Program realiti TV popular, Akademi Fantasia telah diumumkan akan kembali menemui penonton selepas setahun tidak bersiaran.
Selari dengan aspirasi Astro untuk menjadi peneraju kandungan utama di negara ini, Astro sentiasa mencari peluang untuk terus memperbaharui pengisian kandungan tempatan yang ditawarkan bagi mempertingkatkan nilai kedudukan di pasaran demi memenuhi corak permintaan para pelanggan.

Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2003 sehinggalah berakhirnya tirai AF di musim yang kesembilan, kami melihat jenama AF ini sebagai satu platform dominan yang membekalkan pelapis-pelapis seni tanah air kepada industri.Ianya terbukti masih relevan apabila ramai bintang-bintang Akademi Fantasia seperti Hafiz, Stacy, Hazama, Akim, Aril, Aizat dan ramai lagi berjaya bertapak dan mencipta nama di dalam setiap cabang seni yang diceburi seperti bidang nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan.


Kembalinya AF 2013 akan membawakan pembaharuan yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Untuk musim terbaru ini, calon peserta juga boleh memilih untuk sama ada menyertai program ini secara solo ataupun dengan pasangan duet. Selain itu, calon peserta juga masih boleh memilih untuk menghantarkan klip video penyertaan secara online di laman sesawang rasmi.


Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk menghadiri ujibakat menerusi lokasi yang ditetapkan, anda boleh menjalani ujibakat AF 2013 secara online.
PENYERTAAN SECARA ONLINE
• Akademi Fantasia menawarkan perkhidmatan interaktif khas untuk anda! Dapatkan info-info ujibakat, syarat-syarat penyertaan serta ujibakat secara ONLINE dengan melayari www.akademifantasia.com.my
Cara-cara menghantarkan penyertaan:
1. Pilih mana-mana lagu.
2. Rakamkan video nyanyian anda secara kreatif.
3. Muat naik video anda di youtube sendiri.
4. Isi borang uji bakat yang terdapat di laman web ini bersama dengan youtube link. Untuk penyertaan secara duo (2 orang) anda perlu mengisi borang secara individu.
5. Hantarkan borang yang lengkap berserta pautan video youtube anda ke akademifantasia@astro.com.my
6. Video-video yang terpilih akan dihubungi oleh pihak produksi untuk ke peringkat seterusnya. Anda tidak perlu melalui peringkat pertama dan terus mara ke peringkat ke-2.

Program Akademi Fantasi 2013 ini dijadualkan untuk mula bersiaran di saluran rasmi Astro Ria (104) pada bulan September kelak.
Bagi anda yang mempunyai bakat terpendam serta mempunyai keinginan untuk mencipta di persada seni hiburan, anda boleh hadir di ujibakat tersebut :

1) JOHOR : HOTEL THE ZON,JB, 1 & 2 JUN2013
2) PULAU PINANG : HOTEL VISTANA,P.PINANG, 8/9 JUN 2013
3) SARAWAK : HOTEL MERDEKA PALACE,KUCHING, 15/16 JUN 2013
4) SABAH : HOTEL PROMENADE,KOTA KINABALU, 22/23 JUN 2013
5) SELANGOR : SHAH ALAM CONVENTION CENTRE(SACC),SHAH ALAM, 29/30 JUN 2013



INFO PENTING
Nota
  1. Kaunter pendaftaran dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang
  2. Calon digalakkan datang awal untuk mengelakkan sebarang kesesakan
  3. Calon bebas untuk menyanyikan sebarang genre lagu secaraacapella
Syarat Ujibakat:
  1. Peserta lelaki dan wanita
  2. Peserta individu ataupun duo
  3. Berumur 18 - 35 tahun (pada tarikh ujibakat diadakan)
  4. Warganegara Malaysia dan Singapura termasuk artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan
Sila bawa:
  1. Salinan kad pengenalan bagi warganegara Malaysia ataupun salinan passport bagi warga Singapura
  2. 2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang)
     
 **saya pun nak cuba,dari dulu lagi minat tapi tak cukup umur time tu,sekarang dah ok...nak cuba nasib...bismillah..........

No comments: