Sunday, February 19, 2012

Piala FA 2012,kijang atasi bujang senang!!

Salam,apa khabar semua?haa,kali nih cik Sofea nak citer sal bola nih...lupakan pasal hiburan seketika...sekarang musim bola kan,so nak update sikit..tadi syok tengok tv bersama ibu,tengok perlawan bola sepak antara Kel vs Srawak..memang seronok sangat bila pasukan faveret saya "Kelantan" menang mlm nih...

aksi matyo sebelum di keluarkan cedera



 Jaringan kemenangan Norfarhan Muhammad pada minit ke 90″ menewaskan Sarawak 2 – 1 berjaya membawa Kelantan ke Pusingan Ke – 2 Piala FA 2012 bertemu Kuala Lumpur.


Kelantan terlebih dahulu dikejutkan dengan Jaringan Azizan Baba pada minit ke 21″ namun  Indraputra Mahyuddin Bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke 33″ hasil tandukan cantik selepas menerima hantaran dari Mohd Badhri Mohd Radzi.(piya)

Kemasukan Farhan Muhammad menggantikan Penyerang Import Nwoha dilihat agak berkesan selepas Farhan Muhammad berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 90″ hasil sepakan dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Sarawak Sani Anuar Kamsani.

Tamat Perlawanan menyaksikan Kelantan FA berjaya menewaskan Sarawak dengan jaringan 2 – 1...

2 comments:

Markmin CooL said...

wahhh!!! caye laaa..go more klate go more..

Fifi Sofea said...

yeah..kelate selamanyaa