Thursday, October 25, 2012

Khairul Fahmi(APEX) bakal menamatkan zaman bujangnya Disember ini

Baru and hari yang sama aku duk gila baju APEX dan baju bola...haii nasib oh nasib...(fanatik dengan APEX sangat.)....tiba2 dapat story ini..huhhh...menaruh harapan yang kini dah hancur..(hampehh)...apepun,tetap sokong APEX sokmo..!!..apexxx,awal hoh nok kawin dohhh..


KUALA LUMPUR, 24 OKT 2012: Tanpa berselindung, pengurus peribadi penjaga gol Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat iaitu Mohd Razif Mohd Rosdi mengesahkan bahawa ikon bola sepak itu bakal menamatkan zaman bujangnya Disember ini bersama kekasihnya, Leuniey.
Bagaimanapun, Mohd Razif atau Razif memohon agar Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, diberi ruang dan masa untuk mengulas lebih lanjut tentang berita pernikahan itu.
"Ya, memang betul. Apex bakal berkahwin dengan Leuniey pada Disember ini. Pun begitu, untuk sementara waktu berikan Apex masa yang sesuai untuk menerangkan lebih lanjut tentang persediaannya ke alam berumahtangga.
"Bukan niat Apex dan keluarga untuk menyembunyikan berita gembira ini. Cuma, sekarang ini, Apex mahu fokus dengan Piala AFF Suzuki yang bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini.
"Saya mewakili Apex, Leuniey dan keluarga kedua-dua individu ini memohon maaf kerana tidak boleh memberikan komen yang lebih terperinci. Apabila waktu yang sesuai tiba, segalanya akan dijelaskan dengan lebih. Doakan yang terbaik dan segala yang dirancang berjalan dengan lancar," katanya kepada murai.com.my.

Pengurus peribadi Apex itu juga pada masa yang sama masih belum boleh mengulas lebih lanjut mengenai tarikh sebenar majlis pernikahan dan persandingan pasangan ini. Sebaliknya, dia berjanji akan mengumumkannya dalam masa terdekat nanti....



Menurut sumber SINAR HARIAN,yang saya baca dan ayah APEX telah mengumumkan tarikh,sekitar 28disember - Januari....apapun,tunggu jer laa....


gambar kat bawah nih,dia duk msg saya kot..dia suruh tunggu tepi jalan,rombongan piala nk lalu....(perasan jemahh)...hahahahaahha...

ni haa gambar kenangan saya dengan APEX...raya 2012!!....yeahhh..happy dapat jumpe..
..
**terkezut jemah APEX nk kawin dah..huhhh...tengok paper and tajuk depan sekali,terus beli tuh...huhh,tenang2....cool2....
semoga APEX bahagia bersama kak leuniey yoooo....

No comments: