Sunday, April 15, 2012

Saya sudah single-Khairul Fahmi Che Mat (APEX)

Holaa haaa...Ambo nok ngoyak nih kisoh penjaga gol kesayangan ramai...hero Malaya tuh lar...aloh,saper tak kenal Khairul Fahmi? angkat kaki.... Ambo dapat tahu dio solo,betul ke tidok??bulih masuk line nih...hahah....(mati kalo laki aku tahu)....

Setelah mendapat info daripada seorang peminat di Twitter, saya  dengan sepantas kilat telah membeli majalah URTV. Dan di dalamnya ada berita yang mengesahkan Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali dengan nama Apek telah putus dengan Dahlia Teck. Dalam erti kata lain, Apek kini sudah single mingle...wow!...nak ngorat eyh..:-)



Kata-kata apek dalam URTV:

Saya dah tak ada awek. Saya sekarang sudah single. Dalam keadaan sekarang, saya nak tumpukan perhatian kepada kerjaya dan keluarga saya dulu. Malas nak bercerita tentang cinta yang sudah tidak berpanjangan.

Apabila ditanya adakah punca perpisahannya dengan Dahlia Teck kerana kewujudan orang ketiga, Apek berkata:-

Apa sebenarnya tentang kami, cukuplah saya dan dia yang tahu. Tidak ada punca orang ketiga. Saya lebih senang bersendiri dulu kalau nak memikirkan soal cinta.

***kemas jawapan Apek...sabar nya Apek,mungkin anda perlu fokus dalam kerjaya dulu,biar stabil dulu semua...


Dan awal January lalu,Apek sempat menyambut hari lahirnya bersama Dahlia..dan itu terakhir kalinya mereka bermesra ...

Dan selepas daripada cerita Apek putus dengan Dahlia,muncul pula cerita Apek bercinta dengan gadis jelita Nur Eilunie Natasha Nazri atau dikenali Leuniey...Leuniey semasa satu sidang media di butiknya dengan tegas menafikan yang Apek menjadi punca putusnya pertunangan....
Tuah ayam nampak di kaki, tuah Khairul Fahmi ialah bersama SimplySiti. Tambah menarik ialah apabila gadis yang pernah dikaitkan dengan Apek iaitu Leuniey turut akan terlibat di dalam pengiklanan minyak wangi SimplySiti. Memang murah sungguh rezeki Apek dan Leuniey....

Dan ada berita baik untuk peminat bola sepak Malaysia, dengan tamatnya kisah cinta Apek dan Dahlia Teck, kini Apek berkata yang dia akan memfokuskan 100% kepada kerjanya sebagai penjaga gol. Semoga prestasi Apek selepas ini akan lebih meningkat sekaligus menaikkan ranking pasukan bola sepak Malaysia yang merudum jatuh baru-baru ini.


***Untung lah APEK,dah masyuk,laku,di gilai ramai... Apepun,sebagai peminat,doakan yang terbaik untung Apek...Teruskan perjuangan...

No comments: