Tuesday, April 12, 2011

Bagaimana Rupa Roti Foccasia/Kentang sumbat daging??

 hai2..assalamualaikum semua..ape khabar?harap2 semua sht...haa,mesti semua tertanya2 kan,apakah yang di maksudkan dengan tajuk tu,sofea nak masak ker?haa,xde la,sofea nak share resepi makanan kegemaran sofea,iaitu roti dan kentang..

sebenarnya,banyak jenis roti kita boleh buat,tapi atas kreativiti masing2 kan,kadang2 kita hanya tahu makan roti bersama air milo,susu  dan sebagainya..tapi kali ni sofea nak share tentang kreativiti sofea wat roti,jarang kita dengar namanya,nmun mungkin boleh cuba la.."ROTI FOCCASIA"..pelikkan namanya..nama dari france...dan kentang sumbat daging keju...ni resepinya sofea nak kongsi....

BAHAN-BAHAN:
-5OOgm tepung roti             -50gm yis
-200gm air sejuk                 - 10gm herba campuran / oregano,basil & rosemary
-50gm gula pasir

CARA MEMASAK:
1)Campurkan air,gula dan yis.Kacau seketika...
2)Campurkan ke dalam tepung dan herba tadi.Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada jari anda..
3)Rehatkan doh selama 10 minit.Kemudian apabila doh sudah naik dua kali ganda,tumbuk doh agar dapat membuang angin di dalam doh tadi..
4)Canai doh mengikut cita rasa anda dan bakar suhu 200celcius selama 10 minit atau sehingga kekuningan..
5)Boleh dimakan bersama buah zaitun atau di jadikan roti sandwish...
     >>tadaa,Roti Foccasia Sofea<<
  


Resepi kedua sofea kali ni ialah "Kentang Sumbat Daging Herba Berkeju"...waa,sedap kan...
BAHAN-BAHAN:
-100gm daging cincang         -2 biji kentang
-2 biji bawang besar,2 biji bawang putih,50gm lobak merah,50gm seleri,50gm keju mozarella (dicincang kesemuanya)
-10gm herba thyme       -10gm herba oregano
-garam dan lada sulah secukup rasa    -minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
1)Kentang dibelah dua dan di rebus..
2)Kemudian korek isi kentang dan hancurkan.Ketepikan..
3)Tumiskan bwg besar dan bwg putih sehingga kekuningan dan masukkan lobak merah dan seleri..
4)Kacau rata dan masukkan daging cincang,kacau lagi..
5)masukkan pula herba thyme dan oregano,garam dan lada sulah..
6)masak inti sehingga kering
7)kemudian campurkan inti dengan isi kentang sehingga sebati.Sumbatlah ke dalam kentang tadi..
8)Taburkan keju mozarella dan bakar dalam masa lima minit sehingga kekuningan..

>>>tadaaa.."KENTANG SUMBAT DAGING HERBA KEJU FEA" sedia di makan..
                                                                       


-ni lah makanan kegemaran Sofea setiap hujung minggu,memasak bersama ibu.Tak pun ibu masakkan untuk Sofea....

*Haa,kalau anda buat untuk yang tersayang,cayalah orang yang anda sayang tak cari lain punya.Tak der nak makan2 kat kedai yang mahal2,cuma masak sendiri sahaja..

SELAMAT MENCUBA RAKAN-RAKAN SEKALIAN...!!

No comments: